Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

October 29, 2010

Recruitment 2010

salam dari Sanggar Kirana

semester 2010 pelajar2 UTP bakal sempurna dalam tempoh kurang sebulan lebih lagi... ini juga bermakna, dalam tempoh itu, Sanggar Kirana bakal kehilangan beberapa senior yang begitu berdedikasi dalam menaikkan nama gamelan UTP . Disebabkan itu, warga Sanggar Kirana telah mengadakan satu recruitment session pada 25th October yang lalu. Recruitment ini terbuka kepada student2 UTP yang meminati seni warisan gamelan dan berkeyakinan untuk menjadi salah seorang ahli Sangga Kirana.. yer harus yakin! =)

menjadi sebahagian daripada warga Sanggar Kirana secara kasarnya nampak amat mudah, gembira tetapi hakikatnya, sebagai student dan pemain muzik gamelan Universiti seseorang haruslah membahagikan masa sewajarnya agar tidaklah sesuatu yang baru itu menjadi penyebab penurunan prestasi seorang pelajar. jika cemerlang kedua2nya bagus bukan? =)
rata2 senior menekankan bahawa komitmen seseorang amat penting bagi menaikkan nama gamelan itu sendiri. Sanggar Kirana adalah satu kumpulan/ grouping means that jika seorang daripada kumpulan gagal memberikan komitmen, semua ahli bakal terkena tempiasnya juga.. so, recruitment ini amat penting bagi mencari ahli2 yang sanggup berkorban demi Sanggar Kirana.. berkorban ke arah baek yerk readers sekalian

seramai 10orang telah terpilih untuk ke 2nd stage of recruitment..ramai bukan? kami gembira melihat semangat yang tinggi dalam diri adek2 yang berani datang untuk direcruit.. moga2 semangat ini terus kekal sehingga menamatkan pelajaran di UTP...insyaAllah.. daripada 10 orang, 2 orang bermain bonang penerus, 2 orang bermain bonang baron, 4 orang bermain gambang, dan 2 orang bermain alat balungan seperti saron dan peking.. tidak dapat dinafikan mereka mempunyai bakal dan minat.. Walaupon ada riak cuak di wajah mereka namun minat mampu mengatasi segalanya.. kami, warga Sanggar Kirana sebolehnya ingin membantu ketika recruitment dijalankan..


calon2 pemain bonang =)


calon2 ahli balungan


calon2 ahli gambang! ;)

sesi interview dimulakan dengan gabungan antara calon2 yang hadir bersama ahli2 Sanggar Kirana dengan bermain lagu Dikir Puteri dan Suasana. Gabungan ini sebenarnya ingin membantu calon2 baru dan secara tidak langsungnya mengajar mereka serba sedikit serta ingin membuatkan mereka selesa sebelum bermain secara individu.

sesi gabungan
Sanggar kirana + calon2 SK junior

selepas sesi gabungan, mereka dikhendaki bermain gamelan mengikut alat masing2 secara individu.. mereka harus bermain lagu gamelan yang note nya hanya diberikan 5minit sebelum sesi diadakan.. ini untuk menguji prestasi mereka.. selesai sudah sesi individu, sesi soal jawab pula diadakan.. berlainan dengan sesi saol jawab biasa yang melibatkan seorang calon dan seorang ahli, kami membuat kelainan dengan term "one by many" instead of "one by one".. calon2 kena menjawab soalan2 yang dikemukan oleh mana2 warga SK sendiri dihadapan kami semua.. =)


sesi one by many! ;P


the evaluators~

team hicom mungkin~ ;p

selesai sudah sesi recruitment dan juga sesi pemilihan..
calon2 yang terpilih ialah :
hariz, hakim, hidayah, hafiz, nazira, raja mohammad arif and syazwani
kepada mereka yang kurang bernasib baik, mungkin tiada rezeki.. =)

harapan kami, moga2 ahli2 Jr baru ini bakal memeriahkan lagi Famili Sanggar Kirana dan haruslah bersama2 menaikkan lagi nama Gamelan UTP, Sanggar Kirana serta memperjuangkan muzik tradisi Gamelan!
yeahhhhh~

notakaki : insyaAllah bakal ada ent3 introduce ahli2 yang baru ^__~

October 23, 2010

UTP Gamelan Recruitment 2011


INTERESTED TO BE PART OF UTP GAMELAN GROUP MEMBERS?


Come and join us for UTP Gamelan recruitment 2011!


Date: 23rd October 2010, Saturday

Time: 10.00 a.m

Venue: Gamelan room, Block B

Requirement: has taken@currently taking Gamelan II

Contact person: Rifdi 017-2992941 @ aira 019-6635262

please spread the news~ thanks!! see you there!! ^_^

October 22, 2010

10th Convocation Universiti Teknologi PETRONAS

salam dari Sanggar Kirana,

menjadi adat resam kumpulan gamelan UTP,Sanggar Kirana untuk mengiringi graduan2 dengan alunan muzik tradisional gamelan pada tiap2 konvo. Walaupon hanya bermain untuk iringan, itu tidak membolehkan kami bermain ala kadar semata-mata untuk memenuhi syarat, tetapi bagi kami, muzik iringan gamelan ini sebagai halwa telinga isi dewan Chancellor sepanjang sesi penganugerahan ijazah. halwa telinga pastinya sedap didengar bukan? ;)
kami selaku pemain gamelan sendiri inginkan yang terbaik untuk hari yang bersejarah itu, mana mungkin para pendengar, isi dewan mahu yang ala kadar saja....


walaupon rata2 pemain gamelan sedang berada dalam "hectic weeks of academic", alhamdulillah keluarga ini tetap cuba sedaya upaya menghadiri training dan rehearsal walaupon kadang kala terpaksa membahagikan sedikit masa untuk beberapa tuntutan yang lain.. lebih2 lagi senior final year final sem dan juga senior2 yang bakal intern.. keep up the good effort Sanggar! =)

rehearsal! oren warna kami...!!

doa bagi memudahkan urusan..
=)


kami penyambung warisi muzik gamelan


Sanggar Kirana


tiap yang pergi pasti ada penggantinya, tapi bagi kami tiap yang pergi membawa seribu erti. =)
seramai enam orang senior yang menamatkan pengajiaanya pada disember,2009 dan julai 2010 telah menghadiri majlis konvokesyen ke-10 ini dan secara rasminya dianugerahkan ijazah daripada pihak UTP. Tahniah!

with kak awin!


with kak imah!

with kak sakilah aka ibu!


with kak ekin!

with daniyal!


moge2 tiap2 kami yang masih berada di bumi UTP beriringan bersama ukhwah Sanggar Kirana bakal berada dalam kegembiraan mereka dihari konvokesyen masing.. go go go Sanggar Kirana! cemerlang akademik, cemerlang juga dalam arena gamelan.. insyaAllah! =)

notakaki: recruitment new members will be tomorrow! interested? come and join us! you will not regret being part of us! =)