Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

May 08, 2015

Cuti-Cuti Gamelan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Gamelan!

Nampaknya sudah lama entri dalam blog ini tidak dikemaskinikan. Banyak peristiwa yang menarik tetapi tidak dijadikan entri dalam blog ini. Oleh itu saya mewakili keluarga SK ingin memohon maaf atas kekhilafan kami.

Barang yang lepas jangan dikenang, mari kita pandang ke hadapan!

Kalau diikutkan kalendar akademik UTP untuk tahun ini, sekarang merupakan cuti semester pertama 2015 buat pelajar UTP. Tetapi, bagi keluarga SK, cuti kali ini amat penting kerana telah dan bakal berlakunya peristiwa-peristiwa penting yang memberi kesan kepada pasukan gamelan Sanggar Kirana UTP.

Pada 17/5/2015 (Ahad) ini bakal berlangsungnya Tapestry of Colours 2015 anjuran Yayasan UTP bersama UTP dan Dewan Filharmonik PETRONAS. Konsert ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana bagi menampung dan menyokong Yayasan UTP bagi membawa UTP ke arah lebih cemerlang.

Konsert ini disertai oleh badan-badan seni dan kebudayaan UTP, Alumni UTP dan Yayasan UTP yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan negara yang berkait rapat dengan UTP dan kami, Sanggar Kirana sekali lagi diberi penghormatan untuk mengadakan persembahan istimewa di dewan yang cukup gemilang. Jadi datanglah beramai ramai ke sana kerana pada edisi kali ini, konsert ini membawakan juga persembahan daripada Siti Saleha, pemenang pelakon TV paling popular 2015!

Tiket boleh didapati melalui informasi di dalam poster dibawah.

Poster TOC 2015

Jadi persiapan yang mantap sedang kami lakukan sebelum hari bersejarah itu. Penat lelah sanggup kami pikul bagi menjayakan konsert itu. Dan salah satu caranya adalah dengan mengadakan promosi untuk konsert ini.

Jadi pada 7 Mei yang lepas, bertempat di foyer Dewan Filharmonik PETRONAS yang bertempat di KLCC, satu persembahan promosi telah diadakan dengan kerjasama UTP Performance Art Group (UPAG). Persembahan ini ditonton oleh ramai orang yang berada di situ. Persembahan itu merupakan satu langkah yang bijak untuk mempromosikan konsert yang berlangsung hanya 2 tahun sekali!

Jadi sekali lagi datanglah beramai ramai ke konsert ini!






Selain sibuk dalam persiapan untuk konsert Tapestry of Colours 2015, kami juga sempat membuat persembahan di dalam majlis pelancaran pejabat baharu Schlumberger di Damansara. Persembahan itu berlangsung pada 8 Mei 2015 (Jumaat) dan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Majlis ini berlangsung dengan berjayanya dengan pembawakan lagu lagu iringan seperti Dayung Sampan, Alimasi dan lagu kegemaran ramai, Isang. Tidak lupa juga Datuk Seri Ahmad Shabery memberi pujian kepada pemain pemain ketika itu kerana berjaya menghiburkan seisi dewan. Terima kasih Datuk Seri!





Akhir kata, sekali lagi saya mewakili keluarga SK ingin mengalu-alukan kedatangan anda ke konsert Tapestry of Colours yang bakal berlangsung dalam masa seminggu kerana bukan sahaja anda dapat menyaksikan persembahan dari kami malah anda boleh lihat banyak lagi!

 Kami berharap agar kalian dapat doakan kami supaya mampu menghasilkan sesuatu yang bagus dan bakal diingati oleh semua penonton!

Jumpa anda di sana! :)