pada 16hb hingga 18hb Mei yang lalu, workshop untuk sanggar kirana telah dijalankan bagi meningkatkan kualiti diri, skills dan juga mempelajari ilmu baru tentang gamelan. Workshop ini telah dihadiri oleh Teuku Umar Ilany, freelance musician yang sangat2 berbakat dalam meng-kompos dan susunan lagu. Teuku Umar Illany juga merupakan player untuk Rythm in Bronze,RiB. RiB merupakan model contoh kumpulan gamelan yang sangat berbakat dan popular. workshop bermula pada hari isnin jam 9pagi. pada awalnya, sanggarians nampak agak kekok berkomunikasi dengan Teuku Umar namun Teuku Umar cepat adapt dan mampu menghasilkan suasana yang membuatkan sanggarians tidak kekok lagi.
first task, kami disuruh "damping" yang berasaskan note ringkas seperti 1 2 3 5 6 i 6 5 3 2. motif aktiviti ini sebenarnya untuk melihat cara sanggarian men-damping ketika bermain gamelan. damping dalam konteks ini adalah penting dalam instrumen perkusi seperti sarons yang dimainkan dengan palu tunggal, tangan kiri digunakan untuk membendung noto sebelumnya dan tangan kanan memalu noto seterusnya. Damping ini sebenarnya teknik untuk meng-alter penghasilan bunyi daripada alat2 seperti gamelan, gitar dan juga piano. Bak kata Teuku Umar teknik asas ini perlu dibetulkan sebelum mendalami lagi muzik gamelan. :) tanpa disangka note teknik damping ini telah bertukar menjadi lagu pabila Teuku Umar meng-kompos dan menyusun teknik2 untuk tiap2 alat. :)
setelah teknik damping yang betul dipelajari oleh sanggarians, kami diajar teknik cincang untuk lagu tradisional seperti timang burung, togok, dan topeng. Kami pernah bermain teknik cincang tapi hanya untuk beberapa lagu dan kali ini teknik cincang diaplikasikan dalam lagu tradisional. walaupon hanya balungan saja yang memainkan teknik cincang tapi gambang dan bonang juga bermain rentak ragam pada ulangan terakhir lagu tradisional. satu input yang baru! :D
Teuku Umar juga membantu arrange semula lagu2 kami, hasilnya sangat2 la membuatkan kami tersenyum kagum. ada part2 yang dahulunya tiada line untuk saron telah diubah, ada juga part2 yang dirancakkan, part2 yang sepatutnya diretard dan banyak lagi.
hari kedua workshop, kami mempelajari teknik gamelan bali. Term2 baru seperti kotekan, polos, sangsih dan teknik2 baru (nota dasar, oncang-oncangan, dan ceng-ceng) membuatkan kami teruja untuk bermain. dalam gamelan bali, dua player bermain untuk satu alat, berdepan dan note berlainan seperti dibahagian kiri alat bermain note polos dan player dikanan alat bermain note sangsih. fokus dan juga ingatan penting dalam memainkan teknik gamelan bali ini. hanya balungan, bonang dan gong sahaja alat yang digunakan dalam gamelan bali. yang pasti gamelan bali ini memang agak sukar dan memerlukan latihan konsisten. :)
bagi memenuhi permintaan kami untuk mempelajari satu lagu RiB, Teuku Umar telah mengajar lagu drunken fireflies kepada kami. Walaupon hanya dimainkan dalam bilik gamelan kami sudah berpuas hati. lagu yang unik, simple tapi sangat sedap! serius :D lagu ini mempunyai groove tersendiri gabungan gong, kenong dan bonang. sangat unik!
pada awalnya workshop hanya 2 hari, tetapi diextend kepada 3 hari (1/2 day) sebelum Teuku Umar pulang ke KL. kami recap semula tiap2 teknik dan lagu yang telah kami pelajari. Sebelum workshop berakhir, Teuku Umar dengan baik hati mengajar teknik bunga untuk lagu tradisional, disebabkan kekangan waktu kami hanya merakam video beliau bermain bonang.
walaupon 3hari workshop ini diadakan, tapi rata2 kami merasakan sangat sekejap. mungkin dalam 3 hari itu banyak benda baru yang kami pelajari dan kami merasakan banyak lagi yang harus kami pelajari. tapi tidak mengapa, mungkin pada workhop seterusnya untuk input2 yang lain. kepada Teuku Umar Ilany, terima kasih kerana sudi mengajar kami, mencurahkan segala ilmu tanpa batasan :) kalau sudi, jemputlah kemari lagi..
notakaki: satu platform untuk ke level seterusnya. good job SK!