Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

October 31, 2015

Pertandingan Muzik Gamelan Melayu Kebangsaan 2015

Assalamualaikum.





Sanggar Kirana lagi sekali berkesempatan untuk menyertai Pertandingan Muzik Gamelan Melayu Kebangsaan 2015 yang berlangsung selama dua hari dari 20-21 Oktober 2015. Pertandingan yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak kali ini disertai dengan 15 kumpulan gamelan dari dalam Malaysia yang masing - masing tidak kurang hebatnya.





Sesi 'sound-check'


Kenal tak siapa yang jadi model poster pertandingan tahun ni??



Membawakan lagu tradisional Perang Manggong dan lagu kontemporari Susuk Angin mampu membuatkan penonton teruja dan bersorak dengan alunan muzik gamelan itu sendiri.



Cik Deeno dan Abang Fuad antara orang kuat yang terpaksa tahan dengan karenah kami

Walau bagaimanapun, rezeki masih tidak berpihak kepada kami lagi. Rezeki itu rahsia Allah, tiada siapa yang tahu. Tahun ini masih lagi bukan rezeki kami untuk merangkul kejuaraan dalam pertandingan ini. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari agar setanding pasukan gamelan yang tersohor di nusantara. 





 Bersama abang-abang 'hot' dari team UNITEN

Apa apapun kami berasa sangat gembira kerana dapat menyajikan alunan gamelan yang asli yang datang dari jiwa. Muzik yang baik tidak perlu di terangkan melalui bait lirik itu sendiri, jika penghayatan jiwa diberi semasa bermain maka maksudnya akan sampai. Tahniah kepada para pemenang. Insha Allah lain masa kita bertemu lagi.




Siapa lagi kalau bukan dengan dua orang Maharajawana Gamelan dan seorang lagi Ratu Gamelan Melayu.


October 27, 2015

Gamelan Workshop featuring Sanggar Kirana & Kayu Gangsa

Interested in music and sound of Gamelan Melayu?
Ready to learn but dont have the opportunity?

Come and join us for gamelan workshop featuring Sanggar Kirana and Kayu Gangsa from UK.


Open up to ONLY 50 participants. First come, first serve. 


Email anishaidi@gmail.com for more information or interested to join this workshop.




October 26, 2015

Persembahan Kolaborasi Gamelan Diantara Sanggar Kirana dan Kayu Gangsa (Kumpulan Gamelan United Kingdom)


Assalamualaikum

Berita gembira buat warga UTP dan Ipoh, Perak!!

Berminat dengan muzik gamelan?
Ingin tahu dan mengahayati muzik tradisional dan kontemporari gamelan?
Rindukan persembahan dan alunan gamelan dari Sanggar Kirana?

Datanglah ke Persembahan Kolaborasi Gamelan kami dan  Kayu Gangsa yang diterbangkan khas dari United Kingdom pada 31 Oktober 2015 ini bertempat di Auditorium RTM Perak, Ipoh!

Jumpa anda disana!


Kumpulan Gamelan Kayu Gangsa

October 04, 2015

#SKtakesLondon : Part 2

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Gamelan!

Kisah SK di UK diteruskan dengan aktiviti yang lebih menarik.

(20 Sep 2015)

SK bergerak ke Nottingham dari London untuk pesembahan seterusnya. SK sekali lagi diberi peluang untuk membuat persembahan di Nottingham Arts Theatre bersama -sama UPAG. Kali ini persembahan ini diletakkan di bawah produksi Nada Budaya sendiri yang dikelolakan olen Puan Maziah dan suaminya Mr. Alan. Harga tiket yang dikenakan adalah 10 pound.



SK &UPAG dihadapan Nottingham Arts Theatre

Sesi 'sound check '
Lunch disediakan oleh Puan Maziah sendiri yang merupakan pemilik Restoran Nada Budaya yang menyajikan makanan melayu di sini.






Persembahan kami dijadualkan bermula pada 7.30 malam dan berterusan selama 1 jam 30 minit dengan 10 minit 'interval'. Persembahan yang mampu memukau penonton diakhiri dengan joget lambak bersama penonton yang hadir. 


Penyampaian Cenderahati dari DVC UTP kepada Mr. Alan








(21 Sep 2015)
SK telah dibawa ke Loughborough University (One of the best University in Nottingham) untuk program 'bench-marking'.





Pulang ke London untuk acara seterusnya.

(22 Sep 2015)

Appreciation Lunch with MIDA and MATRADE di Malaysian Hall



*continue sight-seeing, shopping* 





(23 Sep 2015)

Bersedia untuk pulang ke Malaysia!!!


Maka berakhirlah perjalanan kami di UK. Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada senior-senior SK terdahulu yang berdedikasi dan bersungguh membina nama dan legasi SK. Tanpa dorongan dan nama SK yang dibentuk oleh mereka, mana mungkin kami menerima peluang sebegini. 

Once a Sanggarian, always a Sanggarian :D

#SKtakesLondon : Part 1

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Gamelan!

Sanggar Kirana lagi sekali telah diberi peluang untuk membuat persembahan diluar negara. Kali ini, SK telah dijemput oleh Puan Maziah iaitu Pengasas Nada Budaya yang terletak di Nottingham, UK bagi memeriahkan Malaysia Night 2015 di Trafalgar Square, London, UK. Ini merupakan kali pertama Puan Maziah menjemput pasukan gamelan dan tarian dari Malaysia yang diwakili oleh Sanggar Kirana sendiri dan juga UTP Performing Arts Group (UPAG).  Malaysia Night adalah festival terbesar di London yang meraikan makanan dan budaya Malaysia dibawah penganjuran MATRADE (Malaysia External Trade Development Corporation). Ini merupakan peluang terbaik Sanggar Kirana dan UPAG untuk memperkenalkan seni dan budaya Malaysia disamping memberi pendedahan tentang Gamelan Melayu di mata dunia. 

Tidak terbalas jasa baik UTP, serta orang-orang kuat yang bersungguh untuk membawa kami ke UK terutamanya Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Baharom (UTP Deputy Vice Chancellor), En. Ahmad Pg, En. Nordin Abdolatip. Tanpa jasa dan kerja kuat mereka mana mungkin SK akan sampai ke UK.

Seramai 12 orang dari ahli SK dihantar ke UK selama 7 hari iaitu dari 17 September- 23 September 2015. 




Aiman, Ayid, Leha, Zarief, Nizar, Izzat, Pali, Hidma, Shazzy, Joko, Nad & Alif merupakan 12 orang yang mewakili SK ke UK.


Berikut merupakan tentatif sepanjang SK berada di UK:

(17 Sep 2015)
SK sampai di Heathrow Airport, London pada pukul 9 lebih dan meneruskan perjalanan ke tempat penginapan di Malaysian Hall. Sesi 'rehearsal' dijalankan di sebelah petang sebelum SK diberi rehat selepas 14 jam penerbangan. 

Malaysia Hall, Bayswater
(18 Sep 2015)
SK meneruskan perjalanan ke Trafalgar Square , London pada 10 pagi untuk 'set-up' alat dan 'sound check' sebelum Malaysia Night bermula pada pukul 4.30 petang.



Puan Maziah, orang kuat di sebalik kehadiran kami di UK


Taklimat ringkas dan kata-kata semangat dari Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Baharom


Sesi fotografi bersama media dan orang awam sebelum acara bermula


Malaysia Night 2015 telah disempurnakan dengan kehadiran Dato' Sri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri), Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Mayor of London. SK telah menghiburkan penonton di London dengan lagu tradisional Ayak-ayak bersama tarian gamelan dari UPAG. Ditambah dengan dua lagu kontemporari iatu Isang dan Susuk Angin. Rata-rata penonton terpegun dan terhibur dengan persembahan yang kami berikan.


 Dato' Sri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri) menyampaikan rasa gembira dan komen membina dari persembahan yang SK & UPAG berikan. 




(19 Sep 2015)

SK diberi peluang untuk berjalan-jalan dan terokai kota London.

*sight-seeing, shopping*






Untuk lebih gambar tentang Malaysia Night 2015, anda boleh tekan pautan yang tertera:


#SKtakesLondon : Part 2 akan menyusul akan datang!!!