Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

October 20, 2011

Konsert Amal Senandung Kasih 2011.

Assalamualaikum w.b.t.

Masih tidak terlambat lagi rasenye untuk mengucapkan tahniah kepada senior2 SK yang telah selamat bergraduasi pada 16 Oktober yang lepas. Semoga mereka akan mengumpul lebih banyak kejayaan di luar sana. Jangan pernah lupa kami di sini ye :)

Berbalik kepada tajuk di atas, pada tanggal 9 September yang lepas, Sanggar Kirana telah dijemput untuk mengadakan persembahan di sebuah konsert amal yang bertujuan untuk mendana tabung penubuhan Pusat Hemodialisis Yayasan Sultanah Bahiyah-NKF Kulim. Majlis gilang gemilang ini telah diadakan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Star, Kedah. Selain Sanggar Kirana, majlis turut diserikan dengan kehadiran artis terkenal Lee Sin Je, dan Elaine Kang. Konsert yang dihadiri oleh DYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah ini turut menampilkan The Sparklers, Ke Xin Yu, Nur Farahin Mahadi, Kumpulan Koir SMK Sultanah Bahiyah, Orkestra Klasik Cina Chee Yang Kor dan Pasukan Orkestra Cina SMJK Keat Hwa. Terdapat juga persembahan istimewa dari YTM Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah DYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan dua buah lagu iaitu Tanah Pusaka dan The Moon Represents My Heart(dalam bahasa mandarin).

Pada malam tersebut, Sanggar Kirana telah mendendangkan lagu Kita, iaitu gabungan lagu Love you more than I can say, Alimasi, Dayung Sampan dan gamelan Jawa. Alhamdulillah, persembahan berjalan dengan lancar walaupun masa latihan kami sangat singkat disebabkan kebanyakan dari kami sibuk dengan persiapan untuk peperiksaan semester. Namun, itu bukan penghalang untuk SK memberi persembahan yang hebat kepada penonton yang hadir.








tempat penginapan kami.














Sanggar Kirana :)

p/s : Ini merupakan persembahan terakhir pd, aira, dan Rudy sebelum mereka bergraduasi :)





October 17, 2011

Debat Perpaduan

Assalam…
Beberapa minggu lalu, kecoh isi UTP dengan pengumuman result exam last semester. How was it? J Walau apa pun jua keputusannya, tahniah diucapkan kerana segalanya datang dari hasil usaha kita sendiri. Jika masih belum berpuas hati, muhasabah diri, motivasikan diri. InsyaAllah, Dia pasti dengar rintihan dan memberikan ganjaran kepada hambaNya.
Pada tanggal 22 hingga 26 Julai 2011, pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2011 telah dianjurkan dan Universiti Teknologi PETRONAS buat kali keduanya menjadi tuan rumah untuk pertandinagn debat selepas menjadi tuan rumah dalam Pertandingan Debat Alam Sekitar pada tahun 2009 yang lalu.
Bagi warga Sanggar Kirana; ini juga merupakan kali kedua diberi mandat dan kepercayaan untuk turut memeriahkan pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi peringkat akhir yang diadakan di Dewan Chancelor yang serba gah pada 26 Julai 2011. Semangat kami bertambah berkobar-kobar pabila diberi tahu UTP berjaya menempa nama ke pusingan akhir menentang UiTM.
Pada kali ini, seramai 16 orang warga SANGGAR KIRANA yang bekerjasama mengalunkan muzik gamelan. 2 orang bermain peking, 3 memainkan rentak saron baron, 2 orang pula bermain saron demong, 4 oang bermain gendang, dan 3 orang memainkan gambang, bonang penerus dan juga bonang baron dan tidak dilupakan seorang ‘conductor’ J.
Berbicara tentang senior, kali ini kami warga SANGGAR KIRANA dibimbing oleh dua orang senior iaitu daripada warga gendang, iaitu RUDY J dan juga PD selaku conductor. Walaupun begitu, senior-senior yang lain merangkap pelajar-pelajar tahun akhir masih tidak putus-putus memberikan semangat dan bimbingan kepada kami walaupun sibuk dengan projek tahun akhir ataupun lebih dikenali dengan FYP (FINAL YEAR PROJECT).
Terima kasih smua yang menjayakan Debat Perpaduan dan Integrasi pada tahun ini. Terima kasih juga K.AIRA dan TAJOL yang sudi datang dan memberi semangat sebelum, semasa, dan selepas persembahan gamelan. Walaupun sudah bermain saban kali, perasaan ‘nervous’ itu masih ada.. dan apa yang menenangkan kami ialah kehadiran keluarga SANGGAR KIRANA itu sendiri.
Untuk cerita selanjutnya…biar gambar mencoretkan cerita J
Terima kasih sekali lagi buat smua.
GARTAHARI: coretan dari bumi GRAZ, AUSTRIA J