Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

May 21, 2011

Sports Day Sanggar Kirana


Salam dari sanggar kirana

bulan april yang lalu telah diakhiri dengan Gamelan's Sports Day dari pagi sampai ke malam. Sports day ini juga seperti famili day tetapi aktiviti2 semua berkaitan dengan kecergasan fizikal dan mental :) Sanggarians dibahagikan kepada 4kumpulan seperti gambang, balungan, bonang dan gendang. bukan untuk membeza2kan tapi sekadar ingin menguatkan bonding antara teman2 seper-alat-an :) aktiviti2 sports day :

  1. swap bad 9.00-11.30am
  2. movie session 1.30- 3.30pm
  3. troli monopoli 5.30-6.00pm
  4. bowling 8.30- 10.30pm
  5. domino's 11.00pm
memperkenalkan team2 sanggarians :

team bonang

team gendang

team gambang

team balungan

swap badminton secara asasnya seperti permainan badminton tetapi sedikit unik kerana setiap ahli kumpulan dapat merasa bermain badminton. Tiap2 ahli harus memukul sekali sahaja bola tangkis dan digantikan dengan player seterusnya untuk memukul bola dari lawan. secara ringkasnya, pukulan dilakukan secara berselang seli antara ahli kumpulan. jika seorang ahli memukul 2 kali, akan dikira batal. jadi ahli kumpulan perlu beratur dan player kedua harus ready untuk masuk ke court sebaik player pertama memukul bola tangkis dan player ke-3 juga bersiap sedia untuk menggantikan player ke-2 dan seterusnya. pantas, cekap, dan kerjasama amat penting dalam permainan ini kerana tiap2 player harus alert dengan situasi permainan dan juga trick pihak lawan. dalam aktiviti swap bad ini kumpulan gendang memenangi tempat pertama. syabas! :D

swap bad

aksi cally :)

bonang player ^^

semangat



tamat aktivi swapbad, kami terus bersiap2 untuk ke ipoh menonton movie Thor; aktiviti selingan selepas letih bermain badminton. Thor sangat best! " I want a horse! "

setelah bergelak tawa dengan aksi thor dan selesai solat. kami beralih ke tesco untuk acara troli monopoli. pasti term 'troli monopoli' amat familiar dalam kalangan kita. kami diberi RM35.00 untuk membeli beberapa barang yang ditetapkan serta barang2 lain. Total barang2 yang dibeli harus genap RM35 untuk menentukan pemenangnya. Jika ada beberapa kumpulan yang mampu meng-genap-kan RM35, kumpulan yang membeli dengan masa paling cepat akan dikira pemenang. antara barang2 yang ditetapkan seperti 100plus 6 tin, maggi, keropok, jelly dan banyak lagi. tersenyum melihat gelagat2 sanggarian ketika membeli belah.. ada yang membawa kalkulator, memenuhi kaunter scan harga untuk memastikan harga yang sebenarnya, berebut2 ke kaunter pembayaran dan banyak lagi. semua itu dilakukan demi semangat berkumpulan. aktiviti troli monopoli ini sebenarnya bertujuan untuk meng-observe belanjawan dan management dalam sesuatu kumpulan. ada kumpulan yang dapat membeli banyak barang tambahan dengan hanya RM35 dan ada pula yang sedikit. dalam bergamelan haruslah kita pandai mem-bahagi-kan hasil kerja kepada tiap2 ahli laen semaksimum yang mungkin. insyaAllah :D dalam acara ini kumpulan gambang menjadi juara! tahniah

selesai solat maghrib di tesco, kami bergerak ke greentown untuk bermain bowling bersama2. pengalaman masing2 semua berlainan. ada yang first timer, ada yang jarang2 dan ada pula yang power! tapi itu semua tidak penting, yang penting adalah semangat mencuba dan support each other! :) kami bermain 2 game. mata tiap2 ahli kumpulan akan ditambah dan jumlah masing2 menentukan siapa pemenangnya. awal2 masing2 segan, tapi lama kelamaan bakat mula terserlah. team gendang sekali lagi menjadi juara dalam permainan bowling!

rajhan

berentap!

style :P

tamat permainan bowling, tanpa disangka ada acara penyampain hadiah! teruja! kami diberi ala2 medal dan hamper. barang2 yang dibeli waktu troli monopoli tadi dijadikan sebagai hamper untuk tiap2 kumpulan. mata untuk tiap2 game dikira dan hasilnya :

tempat pertama (pingat suspen)- team gendang
tempat kedua (pingat emas)- team gambang
tempat ketiga (pingat perak)- team bonang
tempat keempat (pingat gangsa)- team balungan


salam tanda penghargaan :)

we got a medal! :D

apa yang kami perolehi dari sports day ini adalah semangat kerjasama! walaupon tidak semua ahli2 dalam kumpulan perfect dalam sesuatu ,kite sebagai satu kumpulan harus sama2 berganding bahu dan sama2 menyokong demi suatu pencapaian. diaplikasikan dalam konteks sanggar kirana, muzik gamelan yang dihasilkan tidak sempurna walaupon 2/3 daripada ahlinya handal bermain manakala yang lain hanya suam2 kuku. 1/3 daripada kumpulan itu haruslah digilap bersama2, dibantu, disokong dan sama2 menjadi 'handal' dalam memainkan muzik gamelan! sanggar kirana itu satu, muziknya satu, jiwanya juga satu jadi seberapa banyak ahli dalam sanggar kirana, semua harus menjadi satu dalam memainkan muzik tradisional ini.



majulah sukan untuk negara dan gamelan!

rupa2nya sanggarians bukan hanya handal bergamelan malah handal bermain badminton, belanjawan dan juga bowling! thumbs up!! :D

till meet again

notakaki: juara atau tidak belakang kira, yang pasti objektif diterima! :D

May 14, 2011

Besday Gabungan Past, Current and Future

1Salam dari warga Sanggar Kirana,

rata2 penuntut UTP sudah tamat perjuangan final exam sesi january 2011. yang masih berjuang, bertahan! :D masing2 telah berusaha dan sekarang hanya serahkan segalanNya pada Tuhan. 2minggu yang lepas sambutan besday gabungan telah diadakan.

mereka2 yang digabungkan adalah :

chan 26th April

pd 29th April

tajol 1st May

ecah 3rd May

12th May Sekai

seperti biasa sebelum menikmati keenakan kek, pasti ada 'sematan' memori untuk sk..


gambaran reality prank dijalankan
gambar kecik pulak :P

petunjuk :
1- pemain balungan; tugasan: meyakinkan mangsa berlakunya accident sehingga merayu2 :)
2- mangsa kemalangan; tugasan: berlakon cedera dikaki kerana dihempap motor sendiri.
JLF- motor yang banyak berjasa ;')
selipar- untuk menampakkan 'real' konon2 selipar tersangkut dibahagian kanan motor, dan tersadai di jalanan
minyak hitam - hanya lakonan, menggunakan air pepsi bagi menampakkan ciri2 kehitaman minyak hitam walaupon cair. yang pasti mereka percaya bahawa itu adalah minyak hitam

lakonan dimulakan dengan pelakon 1 menelefon pd, ketua kami mengatakan pelakon 2 kemalangan, jatuh motor. agak lama pelakon 1 ingin meyakinkannya, mungkin dia terhidu bau2 prank sehingga suara pelakon 1 menjadi sebak tanpa diduga. cuaca yang panas menyebabkan pelakon2 berpeluh dan menampakkan lagi mode 'cemas' disitu. :) sedang kami berfikir idea 'sakit' tibe muncul pd di hujung jalan. now action!! pelakon 1 meyakinkan pd dan anas, bahawa pelakon 2 cramp, xmampu berjalan. kaki kirinya dihempap motor. pelakon 2 cuba me-real kan lakonan dengan cuba untuk bangun tapi gagal dan ade sedikit suara hampa. cuba untuk mendalami watak, air mata juga turut hadir tapi on off. :P

tanpa disangka ketika sedang berusaha bangun, sebuah kereta berhenti ingin membantu. sebelum pd datang, ada juga kereta yang berhenti beserta pak guard tapi waktu tu kami masih ada kudrat untuk mengatakan "eyhhhh ini hanyalah lakonan semata2.." walaupon ada diantara mereka yang sudah mengangkat kembali JLF.. alahai baik sungguh student utp :)...

kami, pelakon2 tidak keruan.. serba salah kerana student yang berhenti itu nampak gelisah lebih2 pula mereka coursemata pelakon2.. tapi kami masih teruskan juga lakonan. kehadiran watak baru daripada kereta yang berhenti itu sebenarnya menjadikan lakonan bertambah real. watak baru ini dinamakan sebagai A. pelakon 1 memapah pelakon 2 bersama A yang ingin membantu. jalan terhincut2.. memaut kuat gadis2 yang memapahnya.. nak tak nak, pelakon 2 terpaksa berbisik ke A bahawa ini adalah prank semata2 disebabkan rakan A ingin membawa kami ke klinik. jika ke klinik, xjadilah prank kami. mujur A faham dan kembali ke kereta mereka semula. sampai di depan blok gamelan, semua ahli2 SK telah tiba.. rata2 resah gelisah.. ada yang tampil membantu memapah. ada yang tampil dengan idea untuk ke hospital dan banyak lagi.

kedengaran rakan2 me-real kan cerita dengan mengatakan JLF tercabut rantai dan banyak lagi. sedang asyik semua resah, Pd membuat kate putus untuk ke hospital. takot2 kecederaan dalaman. pelakon 1 dan 2 pula yang gelabah kerana tidak tahu bagaimana untuk mengakhirkan prank ini. tak tahu juga bagaimana untuk memanggil kak aira yang memegang kek di atas tangga. akhirnya, ketika semua leka, pelakon 2 sms kak aira. then....................................

"Happy Birthday Chan, Pd, Tajol, Aishah, K Sekai!!"

bukan hanya mereka yang diprank malah rata2 tertipu...
eyhhhhhhhhh sorrylaa kawan2 :P

notakaki: sedikit sebanyak prank mewarnai kehidupan seseorang :D