Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

August 23, 2014

Rekrutmen Tertutup Sanggar Kirana

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Kemerdekaan
Kita bersua kembali

Pada Jumaat (22 Ogos 2014) telah berlangsunya rekrutmen baru Sanggar Kirana yang berlangsung di Bilik Gamelan Universiti Teknologi  PETRONAS. Majlis ini berlangsung secara tertutup dang berlangsung pada pukul 9.00 malam.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mencari keluarga baru Sanggar Kirana bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh keluarga Sanggar Kirana yang lain atas faktor menamatkan pengajian di UTP dan faktor Intership yang menjadi kekhususan pelajar UTP.

Seramai 14 orang yang dipilih daripada kelas ko-kurikulum Gamelan I dan II hadir ke rekrutmen ini. Nampaknya kali ini bukan calang-calang orang kerana mereka yang datang telah dipilih oleh tenaga pengajar kelas Gamelan I dan II dan mereka menunjukkan skil mereka dengan baik.

Rekrutment berlangsung selama sehari dimana terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi audisi alat dan sesi audisi lisan di mana memerlukan mereka untuk bermain gamelan dan menghadapi sesi temuduga yang panelnya daripada ahli Sanggar Kirana sendiri.

Berikut merupakan kandid yang sempat dirakam:














































Hasilnya seramai 6 orang telah dipilih dan keputusannya adalah:


Sila tunggu post akan datang :)


August 10, 2014

Fasa Kedua Bengkel Gamelan



Assalamualaikum
Bertemu kembali semua

Kali ini bertempat di Bilik Seminar MRSM Pasir Salak telah berlangsungnya bengkel gamelan fasa kedua buat kontigen gamelan MRSM Pasir Salak. Bengkel yang berlangsung selama dua hari itu berlangsung secara tertutup tetapi penuh bermakna dan memberi impak kepada semua.

Bengkel yang disertai oleh kumpulan gamelan institusi tersebut di latih dan berkongsi tips-tips dan teknik daripada kumpulan Sanggar Kirana. Kali ini dalam fasa kedua, bengkel ini lebih memperincikan kekemasan, disiplin dan cara bermain gamelan.

Dengan berbekalkan lagu Togok dan Kampungku yang mereka pelajari semasa bengkel fasa pertama, mereka lebih nampak yakin dan berdisplin dalam bermain gamelan. Syabas buat mereka!

Berikut merupakan bingkisan yang sempat diambil semasa bengkel tersebut berlangsung:






Diharap dengan berakhirnya bengkel fasa kedua ini dapat memberi manfaat buat mereka supaya lebih mahir dalam gamelan.

Semoga berjaya dalam pertandingan gamelan peringkat MRSM Se-Malaysia yang bakal berlangsung pada pertengahan bulan Ogos ini! Buat sehabis baik ya!