Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

August 31, 2014

Majlis Perkahwinan Abang Mus

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam Gamelan Jaya

Sebelum memulakan bicara, lebih manis jika saya wakil daripada warga Sanggar Kirana ingin mengucapkan Salam Kemerdekaan ke 57! Kali ini tema kemerdekaan agak unik kerana tema tersebut di ambil daripada rangkap pertama lagu 'Warisan' nyanyian Allahyarham Surdiman iaitu "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"

Buat julung kalinya, pertama kali dalam tahun ini, kami warga SK baru sahaja selesai membuat persembahan di suatu majlis perkahwinan yang terletak di Ipoh, Perak. Majlis ini berlangsung pada ulang tahun kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 2014. Majlis perkahwinan tersebut adalah majlis perkahwinan salah seorang staf UTP yang namanya mesra dipanggil Abang Mus

Rasanya kalau di imbas kembali kali terakhir kami warga SK membuat persembahan untuk majlis perkahwinan orang adalah pada tahun lepas. Begitu lamanya tidak bermain dalam majlis raja sehari orang!

Sebelum hari kejadian, kami di beri taklimat dan berlatih sebagai satu persiapan untuk majlis tersebut.

Apa yang menariknya pada acara kali ini, ada satu 'kejutan' di mana cara membawa barang gamelan agak berbeza daripada sebelumnya. Kebiasaannya barang akan di bawa ke lokasi acara dengan menggunakan lori.

Bayangkan
Satu set bonang penerus dan baron, satu set peking, satu set gong, satu set saron demung dan sarong baron, beberapa set gendang dan satu set jidur dimuatkan dalam satu kereta Hilux! Hal ini berlaku kerana atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan pada saat akhir.

Bagi kami ini adalah satu pencapaian yang baru kerana mampu berfikir secara kritis dan kreatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.


Barang sedia dibawa!

Pada mulanya kami amat bimbang tentang situasi ini, tapi kami berjaya membawanya ke lokasi berkenaan.

Kami bergerak ke lokasi acara iaitu di Dewan Sekolah Izzudin Shah, Ipoh pada pukul 8.30 pagi dan sampai ke sana lebih kurang setengah jam kemudian. Sampai sahaja lokasi, seperti biasa memunggah barangan gamelan dan set up semula di lokasi kejadian.
Tiba di lokasi


Keadaan dewan sebelum majlis bermula

Dan souncheck dilakukan sejurus barang di set up semula




Majlis bermula pada pukul 1:20 tengah hari. Ketibaan pengantin diiringi dengan alunan Perang Besar sehingga ke pelamin pengantin. Kali ini kami membawa lagu-lagu gamelan yang bersesuaian dengan suasana acara itu seperti Alimasi dan Kuda Kepang. Majlis diselang selikan dengan acara yang lain.


Secara kesimpulannya, kami amat seronok dan berpuas hati kerana dapat menceriakan suasana majlis perkahwinan. Kami amat berbesar hati sekiranya kami dipelawa untuk membuat persembahan untuk majlis perkahwinan orang lain. 

Hidup gamelan di nusantara!

Sebelum mengakhiri kata, berikut merupakan kandid yang sempat di tangkap buat tatapan anda :















Terima Kasih :)

No comments:

Post a Comment