Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

December 07, 2015

Karnival Ibnu 'Auf 2015

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam Nusantara Jaya, salam gamelan maju!

Minggu ini telah berlangsungnya Karnival Ibnu 'Auf peringkat kebangsaan yang baru dilaksanakan buat julung julung kalinya di Malaysia. Program yang di anjurkan oleh Seketariat Dakwah Korporat JAKIM dengan kerjasama PETRONAS ini telah membuka tirainya buat kali pertama di Universiti Teknologi PETRONAS.

Bertemakan "Makmur Dakwah Bersama Korporat" karnival ini di sertai oleh lebih 20 agensi-agensi korporat negara seperti Tabung Haji, CIMB Islamic Bank, KTM dan banyak lagi.

Majlis ini berlangsung selama 3 hari bermula hari Khamis (19 November 2015) sehingga sabtu (21 November 2015).

Pelbagai acara di adakan seperti Siaran Langsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Pertandingan Tilawah Alquran Peringkat GLC, Persembahan Nasyid dan pelbagai lagi.

Kali ini Sanggar Kirana dijemput untuk membuat persembahan dan mengiringi majlis dalam dua acara berbeza iaitu majlis perasmian dan majlis penutup.

Alhamdulillah, semua telah berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat masalah teknikal pada majlis penutup.

Berikut merupakan hasil tangkapan lensa warga Sanggar Kirana.

Majlis Perasmian Pembukaan




Majlis Perasmian Penutup






December 01, 2015

Majlis Perkongsian atau Sharing Session dengan UiTM Perlis Kumpulan Gamelan Indera Kayangan.

Assalamualaikum saudara saudari,

Ilmu dicari, ilmu dikaji, ilmu tersemat di dalam dada. Ilmu lebih berharga daripada segala harta di dunia sama ada kita mampu untuk menggunakan sebaiknya. Tetapi alangkah baiknya jika kita mampu berkongsi ilmu, itulah gunanya ilmu, hanya berharga jika diguna dan disebarkan. 




Jika dahulu kita yang mula bertatih menimba ilmu dan mengasahnya melalui latihan tiba masa kita untuk memberinya kepada orang lain. Ilmu akan terkubur di dalam manusia yang mati jika tidak disebarkan. Warisan seni muzik tradisional melayu wajar diteruskan. Jika sudah ada yang berminat maka jangan kedekut. Tuangkanlah air-air ilmu dari dada untuk ditadah kepada yang bijak mencari.

Majlis Perkongsian atau Sharing Session dengan UiTM Perlis Kumpulan Gamelan Indera Kayangan. 

28 November 2015

Mudahnya program ini disertai oleh 20 orang Sanggarians dan 25 orang daripada UITM Perlis serta seorang guru pengiring. Program ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sesi perkongsian itu sendiri dan juga lawatan sekitar kampus UTP itu sendiri. Program ini merupakan titik pertama bagi mereka untuk belajar seni muzik gamelan Melayu kerana Kumpulan Gamelan Indera Kayangan baru sahaja ditubuhkan. Kami dipilih menjadi tempat persinggahan mereka untuk belajar tentang muzik gamelan. Dalam program ini juga, tatatertib bagi mengalunkan Lagu Tradisional Togok dan teknik permainan lagu kontemporari 'Kampungku' sempat dikongsi kepada mereka.














Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Mudah saja kami beramah mesra dengan mereka. Semoga berjumpa lagi.