Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

December 13, 2010

Wedding Performances

Salam dari Sanggar Kirana

Kumpulan Gamelan Sanggar Kirana bukan hanya bermain gamelan untuk persembahan di universiti sahaja. malah, kami juga bermain gamelan untuk majlis raja sehari dan kami amat berbesar hati jika mendapat tawaran sebegitu. Bagi mengakhiri aktiviti Sanggar Kirana pada tahun 2010, kami telah membuat persembahan muzik gamelan di dua majlis perkahwinan:

1- Majlis Perkahwinan Puan Hasmah, pada 4hb Disember 2010 di Bota, Perak

Kumpulan Sanggar Kirana ketika di Bota



2- Majlis Perkahwinan di Simpang Lima, Batu Pahat, Johor pada
11hb Disember 2010

Sanggar Kirana Johorean~

Secara kasarnya, kami bermain gamelan daripada awal majlis perkahwinan, seawal 10.30pagi sehingga tamatnya majlis raja sehari itu. Muzik gamelan telah menjadi sebahagian daripada jiwa kami, mana mungkin kami menolak jika berpeluang bermain gamelan walaupon memerlukan sedikit pengorbanan. =) Bersesuaian dengan suasana majlis perkahwinan dan masa, kami mengalunkan muzik santai, irama gamelan tradisional seperti Timang Burung, Antawada, Lambang Sari, Inang Cina dan banyak lagi ketika hadirin menjamu selera kerana muzik gamelan yang rancak dikhuatiri mengganggu hadirin, sebaliknya kami ingin menjadikan muzik gamelan yang kami alunkan sebagai halwa telinga.

Namun ketika waku kemuncak majlis perkahwinan seperti kehadiran mempelai, kami beralih arah daripada 'soft gamelan music' kepada irama yang lebih happening bagi menyemarakkan lagi suasana majlis. Di majlis perkahwinan di Batu Pahat baru-baru ini, kami mengiringi pengantin dengan irama kuda kepang menggantikan paluan kompang, ini menampakkan keunikan dan kelainan namun tetap seiring dengan adat Melayu. Kami juga mempersembahkan lagu2 gamelan bagi mengisi kekosongan acara kemuncak.


notakaki: Jika berminat dengan muzik gamelan kami, untuk majlis2 sila email atau contact kami.. ^^

November 14, 2010

flying colours

salam dari sanggar kirana =)

esok, 15th November 2010 bermulalah perjuangan "final exam" bagi warga
Sanggar Kirana serta penuntut2 di Universiti Teknologi PETRONAS...


dengan ini kami mengucapkan


keluarga sanggar kirana =)
maaf, ahli baru tiada, tapi ada nama ^^V

semoga urusan final exam ini dipermudahkan bagi kita semua
moga2 dilapangkan hati
ditenangkan fikiran tika menjawab soalan2
usaha juga hendaklah disertakan dengan doa dan tawakal..
chayok2 !!


insyaAllah~

notakaki: sk, mari melalui final exam dengan bersemangat sepertimana semangatnya kite bermain gamelan.. yeaaaahhh~

October 29, 2010

Recruitment 2010

salam dari Sanggar Kirana

semester 2010 pelajar2 UTP bakal sempurna dalam tempoh kurang sebulan lebih lagi... ini juga bermakna, dalam tempoh itu, Sanggar Kirana bakal kehilangan beberapa senior yang begitu berdedikasi dalam menaikkan nama gamelan UTP . Disebabkan itu, warga Sanggar Kirana telah mengadakan satu recruitment session pada 25th October yang lalu. Recruitment ini terbuka kepada student2 UTP yang meminati seni warisan gamelan dan berkeyakinan untuk menjadi salah seorang ahli Sangga Kirana.. yer harus yakin! =)

menjadi sebahagian daripada warga Sanggar Kirana secara kasarnya nampak amat mudah, gembira tetapi hakikatnya, sebagai student dan pemain muzik gamelan Universiti seseorang haruslah membahagikan masa sewajarnya agar tidaklah sesuatu yang baru itu menjadi penyebab penurunan prestasi seorang pelajar. jika cemerlang kedua2nya bagus bukan? =)
rata2 senior menekankan bahawa komitmen seseorang amat penting bagi menaikkan nama gamelan itu sendiri. Sanggar Kirana adalah satu kumpulan/ grouping means that jika seorang daripada kumpulan gagal memberikan komitmen, semua ahli bakal terkena tempiasnya juga.. so, recruitment ini amat penting bagi mencari ahli2 yang sanggup berkorban demi Sanggar Kirana.. berkorban ke arah baek yerk readers sekalian

seramai 10orang telah terpilih untuk ke 2nd stage of recruitment..ramai bukan? kami gembira melihat semangat yang tinggi dalam diri adek2 yang berani datang untuk direcruit.. moga2 semangat ini terus kekal sehingga menamatkan pelajaran di UTP...insyaAllah.. daripada 10 orang, 2 orang bermain bonang penerus, 2 orang bermain bonang baron, 4 orang bermain gambang, dan 2 orang bermain alat balungan seperti saron dan peking.. tidak dapat dinafikan mereka mempunyai bakal dan minat.. Walaupon ada riak cuak di wajah mereka namun minat mampu mengatasi segalanya.. kami, warga Sanggar Kirana sebolehnya ingin membantu ketika recruitment dijalankan..


calon2 pemain bonang =)


calon2 ahli balungan


calon2 ahli gambang! ;)

sesi interview dimulakan dengan gabungan antara calon2 yang hadir bersama ahli2 Sanggar Kirana dengan bermain lagu Dikir Puteri dan Suasana. Gabungan ini sebenarnya ingin membantu calon2 baru dan secara tidak langsungnya mengajar mereka serba sedikit serta ingin membuatkan mereka selesa sebelum bermain secara individu.

sesi gabungan
Sanggar kirana + calon2 SK junior

selepas sesi gabungan, mereka dikhendaki bermain gamelan mengikut alat masing2 secara individu.. mereka harus bermain lagu gamelan yang note nya hanya diberikan 5minit sebelum sesi diadakan.. ini untuk menguji prestasi mereka.. selesai sudah sesi individu, sesi soal jawab pula diadakan.. berlainan dengan sesi saol jawab biasa yang melibatkan seorang calon dan seorang ahli, kami membuat kelainan dengan term "one by many" instead of "one by one".. calon2 kena menjawab soalan2 yang dikemukan oleh mana2 warga SK sendiri dihadapan kami semua.. =)


sesi one by many! ;P


the evaluators~

team hicom mungkin~ ;p

selesai sudah sesi recruitment dan juga sesi pemilihan..
calon2 yang terpilih ialah :
hariz, hakim, hidayah, hafiz, nazira, raja mohammad arif and syazwani
kepada mereka yang kurang bernasib baik, mungkin tiada rezeki.. =)

harapan kami, moga2 ahli2 Jr baru ini bakal memeriahkan lagi Famili Sanggar Kirana dan haruslah bersama2 menaikkan lagi nama Gamelan UTP, Sanggar Kirana serta memperjuangkan muzik tradisi Gamelan!
yeahhhhh~

notakaki : insyaAllah bakal ada ent3 introduce ahli2 yang baru ^__~

October 23, 2010

UTP Gamelan Recruitment 2011


INTERESTED TO BE PART OF UTP GAMELAN GROUP MEMBERS?


Come and join us for UTP Gamelan recruitment 2011!


Date: 23rd October 2010, Saturday

Time: 10.00 a.m

Venue: Gamelan room, Block B

Requirement: has taken@currently taking Gamelan II

Contact person: Rifdi 017-2992941 @ aira 019-6635262

please spread the news~ thanks!! see you there!! ^_^

October 22, 2010

10th Convocation Universiti Teknologi PETRONAS

salam dari Sanggar Kirana,

menjadi adat resam kumpulan gamelan UTP,Sanggar Kirana untuk mengiringi graduan2 dengan alunan muzik tradisional gamelan pada tiap2 konvo. Walaupon hanya bermain untuk iringan, itu tidak membolehkan kami bermain ala kadar semata-mata untuk memenuhi syarat, tetapi bagi kami, muzik iringan gamelan ini sebagai halwa telinga isi dewan Chancellor sepanjang sesi penganugerahan ijazah. halwa telinga pastinya sedap didengar bukan? ;)
kami selaku pemain gamelan sendiri inginkan yang terbaik untuk hari yang bersejarah itu, mana mungkin para pendengar, isi dewan mahu yang ala kadar saja....


walaupon rata2 pemain gamelan sedang berada dalam "hectic weeks of academic", alhamdulillah keluarga ini tetap cuba sedaya upaya menghadiri training dan rehearsal walaupon kadang kala terpaksa membahagikan sedikit masa untuk beberapa tuntutan yang lain.. lebih2 lagi senior final year final sem dan juga senior2 yang bakal intern.. keep up the good effort Sanggar! =)

rehearsal! oren warna kami...!!

doa bagi memudahkan urusan..
=)


kami penyambung warisi muzik gamelan


Sanggar Kirana


tiap yang pergi pasti ada penggantinya, tapi bagi kami tiap yang pergi membawa seribu erti. =)
seramai enam orang senior yang menamatkan pengajiaanya pada disember,2009 dan julai 2010 telah menghadiri majlis konvokesyen ke-10 ini dan secara rasminya dianugerahkan ijazah daripada pihak UTP. Tahniah!

with kak awin!


with kak imah!

with kak sakilah aka ibu!


with kak ekin!

with daniyal!


moge2 tiap2 kami yang masih berada di bumi UTP beriringan bersama ukhwah Sanggar Kirana bakal berada dalam kegembiraan mereka dihari konvokesyen masing.. go go go Sanggar Kirana! cemerlang akademik, cemerlang juga dalam arena gamelan.. insyaAllah! =)

notakaki: recruitment new members will be tomorrow! interested? come and join us! you will not regret being part of us! =)

September 26, 2010

Jalan2 Raya ke Teluk Intan (Open House)

Masih dalam suasana raya lagi kan, dan bagi pelajar,hujung minggu adalah waktu terbaik untuk beraya ke rumah kawan2 yang mengadakan rumah terbuka. Untuk kali ini, SK menerima jemputan ke rumah saudari Nurul Husna(gambang) di Teluk Intan. Terima kasih tuan rumah!:D



Semua dah pun kenyang makan, perjalanan diteruskan. Tapi bukan balik terus ke UTP, ha..alang2 dah lalu kawasan Pasir Salak ni, semua pun setujula untuk singgah ke Kompleks Bersejarah Pasir Salak. Lewat petang kami pun dihabiskan kat sini. Seronok jugak walaupun cuaca agak panas. ^__^



p/s: SK, get ready! training dah nak start ni~ :)

SanggaRaya 2010

Pada 22 September 2010 telah berlangsung majlis makan2 bersempena sambutan Aidilfitri yang masih belum berakhir bertempat di Block B UTP. Majlis ringkas ni dihadiri oleh Cikgu Zaidin selaku penaja utama makanan pada malam tu yang dia bawa khas dari Johor. Special kan :) Selain itu, En Ahmad & UTP Virtuoso Group juga hadir memeriahkan majlis. ^_^






Pada tarikh yang sama ini juga adalah sambutan ulangtahun salah seorang ahli SanggarKirana iaitu Saiful Mohsin (bonang barong). Happy Birthday!

Terima kasih atas kehadiran anda semua & juga atas kesudian menguruskan majlis sehingga selesai. :)

August 20, 2010

Tapestry of Colours

Satu sejarah yang paling manis untuk UTP Gamelan Group apabila berjaya membuat persembahan di atas pentas Dewan Filharmonik PETRONAS. Konsert di bawah konsep 1 UTP, 1 Malaysia & 1 World yang berlangsung selama tiga hari (6, 7 dan 8 Ogos 2010) ini juga telah dijayakan oleh UTP Chinese Orchestra, UTP Virtuoso Group, UTP Performing Arts Group, dan UTP International Culture Club.

Terima kasih untuk ahli2 keluarga, senior2, rakan2 serta mereka yang telah datang menyaksikan persembahan yang julung2 kalinya diadakan ini. Untuk warga Sanggar Kirana, Congratulations! Khas untuk adik2 yang banyak membantu sepanjang seminggu berada di sana, anda memang terbaik! :)

Jom layan gambar!

hari pertama sampai free..so g Alamanda

first day: training

training & training lagi dan lagi

2nd day: full dress rehearsal

adik2 yg very supportive

doa dulu sebelum perform

menerima amanat sebelum perform dr En Mohd Noor Rosli


Mereka2 yang turut menjayakan,
UTP Virtuoso Group
UTP Performing Arts Group
UTP Chinese Orchestra
UTP International Culture Club
&
UTP GAMELAN GROUP (SANGGAR KIRANA)


August 18, 2010

Sanggar Kirana di Festival Gamelan Malaysia UKM 2010

Pada 31 July 2010 telah berlangsung Festival Gamelan Malaysia UKM 2010 bertempat di Panggung Seni ,UKM. Ini merupakan penyertaan kali kedua UTP Gamelan Group bersama UTP Performing Arts Group(UPAG) ke festival tersebut .Dalam festival ini, keseluruhan ahli SanggarKirana telah melibatkan diri iaitu seramai 26 orang. Dengan penyertaan lebih ramai universiti, festival tahun ini nyata lebih meriah berbanding tahun sebelumnya. Kalungan ucapan terima kasih juga ditujukan buat semua senior2 yang sudi meluangkan masa datang dan memberi sokongan kepada Sanggar Kirana. :D








August 02, 2010

Tapestry of Colours!!!


Don't forget to watch us at Dewan Filharmonik Petronas this 6th - 8th August 2010!!
Good Luck SK and all the best!~


Ticket Price (RM)
80 | 55 | 35 | 20 for 6 August 2010 (8pm)

100 | 75 | 50 | 35 for 7 August 2010 (8pm)

80 | 55 | 35 | 20 for 8 August 2010 (3pm)