Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

December 13, 2010

Wedding Performances

Salam dari Sanggar Kirana

Kumpulan Gamelan Sanggar Kirana bukan hanya bermain gamelan untuk persembahan di universiti sahaja. malah, kami juga bermain gamelan untuk majlis raja sehari dan kami amat berbesar hati jika mendapat tawaran sebegitu. Bagi mengakhiri aktiviti Sanggar Kirana pada tahun 2010, kami telah membuat persembahan muzik gamelan di dua majlis perkahwinan:

1- Majlis Perkahwinan Puan Hasmah, pada 4hb Disember 2010 di Bota, Perak

Kumpulan Sanggar Kirana ketika di Bota



2- Majlis Perkahwinan di Simpang Lima, Batu Pahat, Johor pada
11hb Disember 2010

Sanggar Kirana Johorean~

Secara kasarnya, kami bermain gamelan daripada awal majlis perkahwinan, seawal 10.30pagi sehingga tamatnya majlis raja sehari itu. Muzik gamelan telah menjadi sebahagian daripada jiwa kami, mana mungkin kami menolak jika berpeluang bermain gamelan walaupon memerlukan sedikit pengorbanan. =) Bersesuaian dengan suasana majlis perkahwinan dan masa, kami mengalunkan muzik santai, irama gamelan tradisional seperti Timang Burung, Antawada, Lambang Sari, Inang Cina dan banyak lagi ketika hadirin menjamu selera kerana muzik gamelan yang rancak dikhuatiri mengganggu hadirin, sebaliknya kami ingin menjadikan muzik gamelan yang kami alunkan sebagai halwa telinga.

Namun ketika waku kemuncak majlis perkahwinan seperti kehadiran mempelai, kami beralih arah daripada 'soft gamelan music' kepada irama yang lebih happening bagi menyemarakkan lagi suasana majlis. Di majlis perkahwinan di Batu Pahat baru-baru ini, kami mengiringi pengantin dengan irama kuda kepang menggantikan paluan kompang, ini menampakkan keunikan dan kelainan namun tetap seiring dengan adat Melayu. Kami juga mempersembahkan lagu2 gamelan bagi mengisi kekosongan acara kemuncak.


notakaki: Jika berminat dengan muzik gamelan kami, untuk majlis2 sila email atau contact kami.. ^^

6 comments:

  1. ape ni..SK ade type yg Johorians? waa diskriminasi ~~~ :))

    ReplyDelete
  2. k aira: thanx.. :)

    k ddy: ahaha.. cikgu pon ckp dak johor gamelan.. kui2.. xpe,sume same jerk.. heee~

    ReplyDelete
  3. saye pun boleh d consider dlm SK Johorean kan, kan3?! cume x join perform je haritu. hehehe ;D

    ReplyDelete
  4. MENARIK..BERAPA CHARGE UTK MAJLIS KAHWIN? LOKASI BATU PAHAT JOHOR EMAIL dila_pakl@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. sdg mencari.. minta email sy utk majlis perkahwinan di batu pahat johor.. syamimi@rmp.gov.my

    ReplyDelete