Langsung Dari Perak 5 PM - [8 NOV 2015]
Album Hari Ini, Utusan Malaysia [2 November 2015]
Gabungan Pemuzik Inggeris Dan Tempatan Jayakan Persembahan Muzik Gamelan
IPOH, 1 Nov (Bernama) -- Sekumpulan pemuzik dari Nottingham, United Kingdom dan pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) bergabung tenaga menjayakan persembahan gamelan di sini.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak Jasmi Rasit berkata kerjasama seperti itu adalah satu perkembangan yang sangat baik dalam memulihara kesenian muzik tradisional di negara ini.
"Saya berasa kagum dengan penglibatan ahli kumpulan Kayu Gangsa dari United Kingdom yang merupakan warganegara British tetapi sangat meminati kesenian muzik tradisional gamelan.
"Anak-anak muda hari ini dilihat lebih ke arah perkembangan muzik moden sehingga mereka melupakan khazanah kesenian yang mempunyai nilai yang begitu tinggi dan setanding dengan kesenian yang ada di Barat. Oleh itu, generasi muda seharusnya menjadikan mereka sebagai contoh yang terbaik untuk kita terus menghargai kesenian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pada majlis 'A Taste Of Malay Music! Gamelan Concert' iaitu kolaborasi persembahan gamelan antara kumpulan Sanggar Kirana dari UTP dan kumpulan Kayu Gangsa daripada Gamelan United Kingdom di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, Sabtu malam.
Jasmi berkata penubuhan kumpulan kesenian di institusi pengajian tinggi seperti yang ditubuhkan oleh UTP merupakan langkah yang wajar diikuti bukan sahaja di institusi pengajian tinggi, malah ia boleh diserap bermula peringkat sekolah.
Beliau berkata ketika ini kebudayaan serta kesenian di negara ini khususnya muzik tradisional kurang diminati generasi muda akibat daripada arus pemodenan serta kemasukan budaya asing ke negara ini.
Katanya sekiranya kesenian ini tidak dipelihara dengan baik, generasi akan datang tidak akan mengenali kesenian muzik gamelan.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTP Mohamed Noor Rosli Baharom berkata program itu seharusnya menjadi titik permulaan untuk berkongsi budaya dan kesenian kepada masyarakat luar dan dikembangkan merentasi sempadan antarabangsa supaya dihargai dan terpelihara.
"Ini bukan sahaja merapatkan hubungan di antara peserta dalam mempelajari keunikan, malah dalam masa yang sama kita dapat memelihara khazanah dan budaya kita dan acara seperti ini merupakan satu medium untuk mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain," katanya.
Kumpulan Sanggar Kirana yang kini dalan siri jelajah mengadakan persembahan di seluruh negara serta menyertai Festival Gamelan Sedunia di Terengganu pada 24 Okt lepas di samping menyertai kempen Tahun Festival Malaysia.
-- BERNAMA
original source, click here
MeleTOP - Special Cover - Konsert Amal Tapestry of Colours
UTP Launches Gamelan Album
PUTRAJAYA, Sept 28 (Bernama) -- The Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) had the honour of being the first local university to produce a gamelan album when its 32-member gamelan group, Sanggar Kirana, released an instrumental gamelan album titled 'Gatra Pertama' in celebration of the group's 11th anniversary recently.
Nine of the eleven soundtracks in the album are original compositions, UTP said in a statement.
Established in February 2002, Sanggar Kirana has performed at many national and international public occasions.
The group has also participated at music festivals such as the International Javanese Gamelan Festival in Bandung, the International Gamelan Festival in Yogyakarta, the Malaysian Gamelan Festival hosted by Universiti Kebangsaan Malaysia, the Tapestry of Colours concert held at Dewan Filharmonik PETRONAS and the National Malay Gamelan Competition, UTP said.
Priced at RM29.90, 'Gatra Pertama' will be available at all music stores and on iTunes in October 2013 and proceeds from the album sales will go towards the group's development fund.
--BERNAMA
original source, click here
Persembahan Gamelan
Kumpulan Gamelan Sanggar Kirana, Universiti Teknologi Petronas membuat persembahan pada Pertandingan Gamelan Melayu Peringkat Kebangsaan 2011 di UniSZA, Kuala Terengganu, kelmarin.
KUALA TERENGGANU 30 Okt. - Sembilan kumpulan gamelan mempamerkan persembahan mantap pada hari pertama Pertandingan Gamelan Melayu Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di Dewan Al Muktafi Billah Shah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak dekat sini, semalam.
Persembahan yang memukau kira-kira 300 hadirin itu, dimulakan paluan gamelan daripada Kumpulan Gamelan SaGa UniSZA yang disertai seramai 11 orang ahli.
Ia seterusnya dimeriahkan dengan persembahan hebat dan bertenaga dari Kumpulan Gamelan Sanggar Kirana, Universiti Teknologi Petronas, Perak yang mendapat tepukan gemuruh daripada penonton apabila menyelitkan unsur-unsur gerak tari dalam persembahan mereka.
Selain dua buah kumpulan itu, tujuh kumpulan lain adalah UPNM Gamelan Group (Universiti Pertahanan Negara), Kumpulan BAYU (Universiti Malaysia Sarawak), UTP Gamelan Group (Universiti Teknologi Petronas), Kumpulan Gema Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kumpulan Gamelan Kuala Lumpur, Kumpulan Gamelan MASenidaya, Kuala Lumpur dan Kumpulan Gamelan Sari (Universiti Teknologi Mara Terengganu).
Para peserta yang mengenakan kostum tradisional Melayu golongan raja dan permaisuri zaman dahulu ketika menyampaikan persembahan turut memeriahkan suasana pertandingan itu yang diadili oleh tujuh orang juri.
Pada hari kedua dan juga terakhir pertandingan itu malam ini, lapan buah kumpulan lagi bakal berentap iaitu Kumpulan Gamelan Asuhan Seni 1 dan 1, Istana Budaya, Kuala Lumpur; Kumpulan Gamelan Atika Seni, Universiti Sains Pulau Pinang (USM); Kumpulan Gamelan Simfoni Lokananta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun; Kumpulan Gamelan Citra Nusantara, UPNM; Kumpulan Gamelan Indera Kayangan Perlis; Kumpulan Gamelan Pelita ASWARA dan Kumpulan Gamelan KONGA, UniSZA.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori gamelan Melayu tradisional dan kontemporari/kreatif.
Bagi kategori gamelan Melayu tradisional, kumpulan dikehendaki menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagu gamelan Melayu instrumental dan satu lagu secara vokal.
Dalam kategori kontemporari pula, kumpulan dikehendaki menyampaikan dua lagu gamelan Melayu sama ada instrumental ataupun vokal dan satu lagu kontemporari atau kreatif ciptaan sendiri di mana selain sembilan alatan asas, alatan muzik tradisional yang lain boleh digunakan.
Turut hadir Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah.
Terdahulu, Mohd. Yusof dalam ucapannya berkata, beliau berharap melalui acara ini dapat melahirkan bakat-bakat baru yang muda sekali gus dapat mengangkat martabat muzik gamelan itu sebagai warisan kebanggaan negara.
"Memainkan peralatan muzik tradisional bukan mudah, namun saya bangga kerana pada malam ini dapat melihat ramai anak muda bermain gamelan dengan hebat dan itu yang kita usahakan selama ini agar warisan ini tidak dilupakan," katanya.
original source: click here
Album Hari Ini, Utusan Malaysia [31 Oktober 2011]
Bersempena Pertandingan Gamelan Melayu 2011
Gaya Melayu di Festival Gamelan Jawa
SELASA, 14 JUNI 2011 | 11:41 WIBTEMPO Interaktif, Bandung -Alunan saron disambut tepukan gendang. Kedua alat musik gamelan itu kemudian mengiringi senandung sepuluh perempuan yang duduk di depan panggung. "Timang, timang burung, sayang," ucap mereka. Lagu tradisional Malaysia berjudul Timang Burung itu berjalan lambat. Seorang perempuan yang berada di tengah berperan sebagai putri raja. Sisanya sebagai dayang-dayang istana.
Festival gamelan di Bandung. (TEMPO/Prima Mulia)
Selanjutnya, sejumlah pemain gamelan pria berbusana tradisional naik ke atas panggung. Kehadiran mereka membuat panggung kian semarak. SetelahTimang Burung, lagu-lagu yang disuguhkan tak lagi mendayu-dayu, namun dalam irama yang lebih cepat. Puncaknya adalah lagu lagu berjudulPon Pong Along yang rancak.
Inilah komposisi lagu gamelan tradisional garapan Sanggar Kirana dari Universiti Teknologi Petronas, Perak, Malaysia. Kelompok beranggotakan 19 pemain gamelan sekaligus penyanyi itu datang ke Bandung sebagai peserta Festival Gamelan Jawa Internasional di Aula Barat Institut Teknologi Bandung, Sabtu dan Ahad ( 11-12 Juni 2011). “Ini gamelan Melayu, lagunya mendayu-dayu,” kata Mohammad Fakrurradhi Hamthan, alias Rudi, si pemain gendang.
Festival yang diadakan Perkumpulan Seni Tari dan Karawitan (PSTK) Jawa Institut Teknologi Bandung dimeriahkan sembilan kelompok peserta dan empat penampil. Tak hanya diikuti kelompok gamelan tanah air, kegiatan ini juga diikuti kelompok gamelan asal Malaysia dan Singapura. “Tiga calon peserta dari Amerika Serikat dan Inggris batal hadir karena masalah waktu,” jelas ketua panitia Teguh Wibowo.
Peserta yang tampil pada perhelatan ini adalah UKJGS Universitas Gadjah Mada Yogyakarta, Sanggar Kirana dari Universitas Teknologi Petronas Malaysia, Gamelan Asmarandana Singapura, Laras Udan Asih dan Seta Kresna Wirama dari Universitas Indonesia Himpunan Mahasiswa Jurusan Karawitan Institut Seni Indonesia Yogyakarta, Puspatarini Jakarta, Laksita Mardhawa Jakarta, dan Metri Budaya dari PT Telkom Bandung.
Masing-masing kelompok diberi waktu maksimal satu jam untuk menunjukan kepiawaian mereka memainkan gending tradisional dan kontemporer. “Juri akan memilih dua kelompok terbaik,” jelas Teguh. Festival gamelan sendiri digelar untuk kembali mempopulerkan musik gamelan dan membangkitkan kembali kelompok-kelompok gamelan di Indonesia.
Kehadiran kelompok gamelan asal Malaysia memberikan warna tersendiri .Ketua tim gamelan Malaysia Ahmad bin pg. Abdullah mengatakan yang disuguhkan kelompok di atas panggung adalah gamelan melayu. “Iramanya tidak laju seperti gamelan Jawa karena di Malaysia gamelan dulunya musik istana,” katanya.
Gamelan masuk ke Malaysia di awal abad ke-20. Saat itu Kesultanan Pahang yang dipimpin Sultan Ahmad Muadzam Shah, melawat ke Kesultanan Aceh. Di sana Sultan tertarik dengan bunyi gamelan yang didengarnya. Sebagai buah tangan, Kesultanan Aceh lalu mengirim satu set gamelan ke Pahang.
Rudi menuturkan permainan gamelan di Malaysia yang disajikan untuk raja atau sultan itu selalu dilengkapi oleh kehadiran penari.Namun, pada Festifal Gamelan di Bandung mereka tak mengikutsertakan penari karena terbentur oleh ongkos yang mahal.
Sejarah masuknya gamelan ke Malaysia tertuang lewat irama gending tradisional. Uniknya, di sela-sela lagu, mereka juga menyelipkan pertunjukana drama. Hanya sedikit dialog yang diucapkan oleh beberapa pemain. Selebihnya, lewat syair lagu.
Pada sesi kontemporer, ciri gamelan Melayu itu berubah lebih dinamis. Berturut-turut Sanggar Kirana membawakan gubahan lagu Gamalai Sari, Sanggar Kirana, I Love You More Than I Can Say, dan Dayung Sampansebagai penutup. Mereka mengemas susunan lagu itu dengan balutan cerita tentang percintaan anak raja atau sultan.
Dibandingkan gamelan Jawa, gamelan melayu memang sedikit berbeda. Kalau pertunjukan gamelan Jawa lazimnya dibuka oleh pukulan gendang atau bonang, gamelan melayu selalu diawali dengan pukulan gong. Gamelan Melayu juga menggunakan empat gendang, bukan satu gendang seperti pada gamelan Jawa. Perbedaan lainnya, para pemain gamelan Melayu terbiasa bermain laras gamelan di nada dasar B, sedangkan pada gamelan Jawa berada di nada C.
Meskipun demikian, baik gamelan Jawa maupun gamelan Melayu punya daya tarik tersendiri. Dan tepuk tangan panjang pun mengakhiri pertunjukan mereka. panjang.
ANWAR SISWAD
original source, click here
No comments:
Post a Comment