Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

December 06, 2014

Rekrutmen Ahli Baru SK



Datang beramai-ramai ke sesi rekrutmen ahli baru untuk kumpulan gamelan Sanggar Kirana

Maklumat lanjut ada dalam poster dibawah

Jumpa disana!

November 19, 2014

Gempak November

Assalamualaikum
Salam sejahtera.
Salam Gamelan Jaya.

Bulan November ini merupakan bulan yang pada kami warga SK amat mengujakan kerana tiga acara besar telah berlangsung dalam tempoh masa dua minggu!

Antara tiga acara besar yang telah berlangsung adalah:

-Majlis penutupan Majlis Sukan IPTA (MASISWA) 2014 Zon Utara
-Persembahan bersama Malaysian Philharmonic Orchestra
-Persembahan di Festival Gamelan Malaysia di UKM

Acara pertama, Maljis penutup MASISWA 2014 Zon Utara yang berlansgsung di Universiti Teknologi PETRONAS. Berlangsung pada 9 November 2014 yang bertujuan meraikan kemenangan pasukan-pasukan yang bertanding di kejohanan sukan tersebut, kami warga SK diberi peluang untuk menjadi pemuzik iringan selain menyampaikan persembahan dalam acara tersebut. Majlis berjalan dengan penuh lancar dan berjaya.

Menggunakan lagu gempak untuk iringan pemenang emas bagi setiap acara sukan, kami juga mempersembahkan lagu Isang sebagai lagu persembahan kami selain mendendangkan beberapa lagu seperti dayung sampan dan alimasi di penghujung majlis.


Seterusnya, Persembahan bersama Malaysian Philharmonic Orchestra


Majlis yang berlangsung selama dua hari di dua lokasi yang berbeza iaitu di Ipoh dan Pulau Pinang merupakan satu pengalaman baru buat para pemain gamelan SK kerana dapat bersama-sama menjayakan sebuah persembahan okestra bersama pemain okestra daripada MPO. 

Persiapan

Majlis yang berlangsung pada 13 dan 14 November itu berjaya dengan gemilangnya. Pelbagai persiapan telah dilakukan. Seramai 9 orang ahli SK berpeluang bersama MPO mendendangkan Lagu "Bertabuh Kala Senja" yang dipimpin oleh Ciaran McAuley selain diberi peluang untuk menyampaikan lagu "Isang".

Berikut merupakan kandid yang sempat ditangkap (kandid Ihsan En Nordin)



Bersama Ciaran McAuley, Pemimpin Okestra

Acara terakhir, Festival Gamelan Malaysia 2014. Acara yang berlangsung di UKM pada 16 November ini cukup cukup meriah. Acara tahunan ini disertai oleh pelbagai pasukan gamelan yang datang daripada pelbagai universiti, antaranya UIAM, UTHM, UMP dan UKM.

Sebanyak tiga buah lagu yang dipersembahkan kami iaitu Gemalai Sari (bersama penari), Khalifah (bersama Kumpulan Nasyid Muhandis) dan Zapin Pelikat.

Bagi merasai sendiri suasana kemeriahan festival tersebut, saksikanlah video di bawah ini:



Akhir kata, bulan ini memberi seribu satu kenangan buat kami warga SK.

Sehingga bertemu lagi di lain masa. :)


October 19, 2014

Majlis Konvokesyen UTP Ke-14



Assalamualaikum, salam sejahtera salam nusantara semuanya.

Pada 19 Oktober 2014 yang lepas, telah berlangsung dengan selamatnya majlis rasmi wajib yang tercatat dalam kalendar rasmi UTP iaitu Majlis Konvokesyen kali ke-14.

Kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu majlis konvokesyen, majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan para graduan UTP yang telah berjaya mengharungi cabaran sebagai pelajar IPT.

Dan tugas kami warga SK dalam majlis tersebut adalah mengiringi para graduan naik ke pentas bagi menerima ijazah masing-masing di samping membuat persembahan. Perkara ini berlaku sama sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

Seperti biasa persiapan dilakukan dua minggu sebelum berlangsungnya majlis konvokesyen tersebut.

Minggu pertama latihan dijalankan di bilik gamelan UTP





Minggu kedua, barang gamelan diangkat ke Dewan Chancelor UTP dan laithan dijalan di situ sehingga hari kejadian.









Dalam masa yang sama pada hari Jumaat (17 Oktober 2014) kami membuat persembahan pembukaan di Pesta Convo Fest UTP yang berlangsung di Convo Square UTP.

Lagu yang dibawa untuk pembukaan Convo Fest adalah lagu Dayung Sampan dan Alimasi



Hari kejadian, iaitu hari ahad (19 Oktober 2014).
Majlis berlangsung dengan jayanya untuk kedua-dua sesi.

Kredit kepada En. Nordin


Kami mengiringi para graduan dengan lagu-lagu set seperti Timang Burung dan Tongkan Pecah.

Kami juga menghiburkan seisi dewan dengan lagu-lagu kontemporari yang lain untuk sesi selingan seperti Dayung Sampan dan lagu Ole-ole.

Kredit kepada En. Nordin

Antara pemuzik lain yang mengiringi majlis konvokesyen ini selain SK adalah pasukan pancaragam Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) , Kumpulan Koir UTP, Pasukan Keroncong UTP, Pasukan Nasyid Muhandis UTP

SK, Muhandis dan Keroncong. (gambar kredit En. Nordin)


Kumpulan Koir UTP (kredit kepada En Nordin)

Pancaragam STAR (kredit kepada En. Nordin

Majlis ini juga menyaksikan beberapa ahli keluarga SK telah selamat bergraduasi. Mereka yang terdiri daripada Management Team 2013 hingga 2014 selamat bergraduasi dengan ijazah masing-masing.

Kepada anda semua, tahniah kami ucapkan! Semoga sukses di luar sana!
Langkah anda akan kami jejaki Insha Allah.


Antara yang sempat dirakam kandid

Akhir kata, kami warga SK amat gembira menjadi sebahagian daripada majlis yang berprestij ini. Kepada yang sudah bergraduasi anda sudah melepasi satu aras kehidupan dan bermulanya kehidupan anda yang baru.

Kepada keluarga SK yang sudah bergraduasi, harap anda semua tidak lupakan kami yang masih berjuang di sini. Tunjuk ajar anda amat kami hargai dan jasa anda tidak ternilai buat kami.

Jumpa Lagi,
Terima Kasih

p/s: Terima kasih yang intern datang bagi sokongan!


September 14, 2014

Seminggu Dalam Sejarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Dalam masa seminggu ini, kami warga sk telah terukir di hati pengalaman yang menarik dan indah yang dilalui dalam minggu ini iaitu:

-Latihan intensif SK
-Malam bersama Team Management Lama
-Persembahan di Majlis Perkahwinan di Lumut Perak.

Latihan Intensif SK

Bermula pada 8 hingga 12 September 2014, telah berlangsungnya latihan intensif SK. Latihan yang disertai oleh ahli semasa Sanggar Kirana itu berlaku di bilik gamelan UTP.

Kalau diimbas kembali, kali terakhir latihan intensif diadakan adalah pada tahun lepas.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli SK baru tentang lagu-lagu yang dimainkan SK selain memantapkan segala kemahiran dan pengetahuan tentang semua lagu yang di mainkan SK.

Latihan ini juga bertujuan sebagai persediaan sebelum majlis konvokesyen UTP yang bakal berlangsung pada pertengahan bulan 10.





Malam bersama Team Management Lama

Pada malam selasa (9/9/14), sesi latihan intensif digantikan dengan malam bersama team management yang lama.

Malam itu adalah malam suka ria dimana kami warga SK bersama team management yang lama bermain hampir kesemua lagu yang telah dipelajari oleh warga SK

Sesi itu adalah sesi terakhir bagi team management yang lama kerana mereka bakal menjadi graduan UTP yang bakal melangsungkan konvokesyen pada bulan 10 ini,

Tidak lupa juga sesi ini adalah sesi bermain gamelan yang terakhir buat mereka yang bakal membuat praktikal di luar selama 8 bulan

Kami merindui anda semua :)


Persembahan di Majlis Perkahwinan di Lumut, Perak

Berlangsung pada hari Sabtu (13/9/14) di Marina Bay Hall, Lumut adalah majlis perkahwinan adik kepada pensyarah UTP.

Majlis berlangsung dengan meriah.

Sebanyak enam lagu utama dimainkan dalam sesi khas 30 minit.

Persembahan di majlis perkahwinan ini adalah yang kedua pada tahun ini.






Akhir kata, minggu ini adalah minggu yang menyeronokkan buat kami warga SK. Kepada #TeamAishah selamat berkonvokesyen dan semoga suksess di luar sana..

Dan kepada Mereka yang bakal ber'intenship', selamat berjuang dan jumpa lagi tahun depan..

Terima kasih.

August 31, 2014

Majlis Perkahwinan Abang Mus

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam Gamelan Jaya

Sebelum memulakan bicara, lebih manis jika saya wakil daripada warga Sanggar Kirana ingin mengucapkan Salam Kemerdekaan ke 57! Kali ini tema kemerdekaan agak unik kerana tema tersebut di ambil daripada rangkap pertama lagu 'Warisan' nyanyian Allahyarham Surdiman iaitu "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"

Buat julung kalinya, pertama kali dalam tahun ini, kami warga SK baru sahaja selesai membuat persembahan di suatu majlis perkahwinan yang terletak di Ipoh, Perak. Majlis ini berlangsung pada ulang tahun kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 2014. Majlis perkahwinan tersebut adalah majlis perkahwinan salah seorang staf UTP yang namanya mesra dipanggil Abang Mus

Rasanya kalau di imbas kembali kali terakhir kami warga SK membuat persembahan untuk majlis perkahwinan orang adalah pada tahun lepas. Begitu lamanya tidak bermain dalam majlis raja sehari orang!

Sebelum hari kejadian, kami di beri taklimat dan berlatih sebagai satu persiapan untuk majlis tersebut.

Apa yang menariknya pada acara kali ini, ada satu 'kejutan' di mana cara membawa barang gamelan agak berbeza daripada sebelumnya. Kebiasaannya barang akan di bawa ke lokasi acara dengan menggunakan lori.

Bayangkan
Satu set bonang penerus dan baron, satu set peking, satu set gong, satu set saron demung dan sarong baron, beberapa set gendang dan satu set jidur dimuatkan dalam satu kereta Hilux! Hal ini berlaku kerana atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan pada saat akhir.

Bagi kami ini adalah satu pencapaian yang baru kerana mampu berfikir secara kritis dan kreatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.


Barang sedia dibawa!

Pada mulanya kami amat bimbang tentang situasi ini, tapi kami berjaya membawanya ke lokasi berkenaan.

Kami bergerak ke lokasi acara iaitu di Dewan Sekolah Izzudin Shah, Ipoh pada pukul 8.30 pagi dan sampai ke sana lebih kurang setengah jam kemudian. Sampai sahaja lokasi, seperti biasa memunggah barangan gamelan dan set up semula di lokasi kejadian.
Tiba di lokasi


Keadaan dewan sebelum majlis bermula

Dan souncheck dilakukan sejurus barang di set up semula




Majlis bermula pada pukul 1:20 tengah hari. Ketibaan pengantin diiringi dengan alunan Perang Besar sehingga ke pelamin pengantin. Kali ini kami membawa lagu-lagu gamelan yang bersesuaian dengan suasana acara itu seperti Alimasi dan Kuda Kepang. Majlis diselang selikan dengan acara yang lain.


Secara kesimpulannya, kami amat seronok dan berpuas hati kerana dapat menceriakan suasana majlis perkahwinan. Kami amat berbesar hati sekiranya kami dipelawa untuk membuat persembahan untuk majlis perkahwinan orang lain. 

Hidup gamelan di nusantara!

Sebelum mengakhiri kata, berikut merupakan kandid yang sempat di tangkap buat tatapan anda :















Terima Kasih :)