Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

November 19, 2014

Gempak November

Assalamualaikum
Salam sejahtera.
Salam Gamelan Jaya.

Bulan November ini merupakan bulan yang pada kami warga SK amat mengujakan kerana tiga acara besar telah berlangsung dalam tempoh masa dua minggu!

Antara tiga acara besar yang telah berlangsung adalah:

-Majlis penutupan Majlis Sukan IPTA (MASISWA) 2014 Zon Utara
-Persembahan bersama Malaysian Philharmonic Orchestra
-Persembahan di Festival Gamelan Malaysia di UKM

Acara pertama, Maljis penutup MASISWA 2014 Zon Utara yang berlansgsung di Universiti Teknologi PETRONAS. Berlangsung pada 9 November 2014 yang bertujuan meraikan kemenangan pasukan-pasukan yang bertanding di kejohanan sukan tersebut, kami warga SK diberi peluang untuk menjadi pemuzik iringan selain menyampaikan persembahan dalam acara tersebut. Majlis berjalan dengan penuh lancar dan berjaya.

Menggunakan lagu gempak untuk iringan pemenang emas bagi setiap acara sukan, kami juga mempersembahkan lagu Isang sebagai lagu persembahan kami selain mendendangkan beberapa lagu seperti dayung sampan dan alimasi di penghujung majlis.


Seterusnya, Persembahan bersama Malaysian Philharmonic Orchestra


Majlis yang berlangsung selama dua hari di dua lokasi yang berbeza iaitu di Ipoh dan Pulau Pinang merupakan satu pengalaman baru buat para pemain gamelan SK kerana dapat bersama-sama menjayakan sebuah persembahan okestra bersama pemain okestra daripada MPO. 

Persiapan

Majlis yang berlangsung pada 13 dan 14 November itu berjaya dengan gemilangnya. Pelbagai persiapan telah dilakukan. Seramai 9 orang ahli SK berpeluang bersama MPO mendendangkan Lagu "Bertabuh Kala Senja" yang dipimpin oleh Ciaran McAuley selain diberi peluang untuk menyampaikan lagu "Isang".

Berikut merupakan kandid yang sempat ditangkap (kandid Ihsan En Nordin)



Bersama Ciaran McAuley, Pemimpin Okestra

Acara terakhir, Festival Gamelan Malaysia 2014. Acara yang berlangsung di UKM pada 16 November ini cukup cukup meriah. Acara tahunan ini disertai oleh pelbagai pasukan gamelan yang datang daripada pelbagai universiti, antaranya UIAM, UTHM, UMP dan UKM.

Sebanyak tiga buah lagu yang dipersembahkan kami iaitu Gemalai Sari (bersama penari), Khalifah (bersama Kumpulan Nasyid Muhandis) dan Zapin Pelikat.

Bagi merasai sendiri suasana kemeriahan festival tersebut, saksikanlah video di bawah ini:



Akhir kata, bulan ini memberi seribu satu kenangan buat kami warga SK.

Sehingga bertemu lagi di lain masa. :)


No comments:

Post a Comment