ramai je dah gi...
nak kata takde aktiviti lain nak di buat,
sepatutnya ada je rancangan nk gi Gua Tempurung..
nak kata nak membeli belah
baik pergi JJ je ,dekat pun dekat..
so sebenarnya nak tengok SUNRISE! ^___^
selepas kegagalan cubaan pertama untuk tengok sunset kat Teluk Senangin ye
Selepas hampir seminggu training dengan kehadiran cikgu, juga kehadiran beberapa lagu baru untuk dihasilkan serta lagu yang telah di ubahsuai..maka Sanggarians mengambil kesempatan untuk bersiar2 di Cameron Highlands pulak..
Berlepas dari UTP pada jam 2030 dengan 4 penerbangan iaitu WEK5013, WEB9711, BKR5728 dan WKM6719 bersamaan dengan 4 pilot, 4 co-pilot dan 9 cabin crew.. semua pun menuju ke dataran Ipoh untuk singgah makan malam dahulu, seterusnya pergi ke JJ untuk menonton midnight movie iaitu Toy Story 3 in 3D dan solat Isyak! ish3..comel2 sungguh kartun2 tersebut ~_^
Selesai sudah movie, Sanggarians menikmati supper di McD berdekatan sebelum naik ke Cameron Highlands pada jam 0330. Suasana jalan agak sepi pada waktu pagi2 buta dan akhirnya semua selamat sampai jam 0530 di Kelab Golf SAS CH. Oh! kedinginan terlalu dirasai di awal pagi sehingga hampir semua gambar x clear sebab yg amik gambar pun shaking..hahaha..yg nak bergambar apatah lagi kan..
Selesai solat Subuh di masjid berdekatan, misi utama diteruskan.. Namun apakan daya, xde rezeki kot nak tengok, cuaca agak mendung...isk3...
Hmm xpelah, misi yg satu ni xjadi, kita wat mende lain pulak ye. Selepas bersarapan,
Sanggarians menuju ke dua ladang teh terbesar di CH..macam ada field trip pulak jadinya, siap masuk kat kilang pemprosesan dan ada penerangan sekali.Agak menarik tau! Lepas tu, pergi Strawberry Farm dan makan2 kat sana sampai ada yg muak telan strawberi..haa..rasakan ye.. :D
Sebelum menuju destinasi terakhir iaitu pergi pasar, semua berhenti kat masjid untuk solat dan tidur sekejap..Almaklumla tak tidur semalaman nih..Sanggarians sampai semula di Ipoh jam 2030 dan telah singgah makan mi bandung sebelum pulang ke UTP :D
Terima kasih semua atas kemeriahan yang telah kita kongsikan. Lepas ni dah tinggal 2 minggu untuk first performance kita. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan naikkan semangat anda untuk terus belajar dan belajar! Daaaaa~ ^___^ I Love You More Than I Can Say~
I love you too~~~ muah2
ReplyDeleteCH? macam nk g chancellor hall jek kan..heheh
ReplyDelete