Syukur Alhamdulillah kami tiba (just in the nick of time) pada waktunya, 10minit sebelum berlepas tapi terpaksa membuat online check-in kerana counter check-in sudah tutup. Kami menaiki flight KLM 0809 dan bagi beberapa ahli SK, ini merupakan pengalaman pertama menaiki flight. Tampak jelas keseronokan bersama2 dari riak wajah tiap2 kami.
Kami tiba di Jakarta dalam Jam 1720 waktu tempatan dan disambut oleh liaison officer kami Rasyid Aziz dan juga rakan-rakannya. Walaupon keletihan, kami begitu teruja kerana pertama kali menjejakkan kaki dibumi Indonesia :)
Setelah beberapa jam perjalanan dari Jakarta ke Bandung, kami selamat tiba di Hotel Rorompok. Terasa seperti di tanah air sendiri pabila pemilik hotel itu sendiri menyambut mesra kedatangan kami.
Keesokkan harinya, kami bersiap sedia untuk ke ITB. walaupon pertandingan sebenar masih lagi berbaki sehari, kami harus melakukan beberapa perkara seperti sound check, meninjau lokasi persembahan dan banyak lagi. Tetapi sementara menunggu bas datang menjemput, sesi fotography dijalankan bagi menyemat kemas memori di bandung untuk hari pertama.
Tibanye di ITB, En. Ahmad, PD dan Kak Aira menghadiri technical meeting bersama organizer dan juga wakil dari kumpulan gamelan lain yang menyertai festival ini. Setelah itu, teruna2 sk bergerak ke Masjid Salman untuk sembahyang Jumaat manakala gadis2 sk berlatih menyanyi dan juga choreography untuk persembahan esok hari. Pelbagai keletah dan ragam mencuit hati berlaku saat latihan nyanyian dijalankan. Jam 1400 kami membuat soundcheck dan selepas itu bergerak pulang ke rorompok.
Kami terus pulang ke rorompok dan disebabkan kekangan waktu untuk latihan. Kami mengambil keputusan untuk tidak keluar dinner dan membuat latihan di dalam hotel hingga malam. Walaupon latihan tanpa alat, menggunakan note yang disebut2 nyata memberi impak yang sama seperti latihan menggunakan alat gamelan. Bersyukur kerana diberikan ahli kumpulan yang begitu sporting dan bersemangat. Walau apa pon halangan, kami tetap meneruskan sesi latihan.
Pagi2 lagi kedengaran suara2 sanggarian memecah hening pagi di kawasan tengah hotel. Gadis2 sedang bersolek tidak kurang pula dengan teruna2 yang sibuk menggayakan tanjak serta samping. Buat pertama kalinya kami sanggar kirana memakai costume yang begitu sarat dan glamour. Si teruna dengan tanjak, samping, baju ala2 hulubalang. Si gadis pula dengan hiasan dikepala umpama makhota, samping, gelang2 ala dayang2 istana. Sangat cantik dan sangat segak dipadan bersama. Bagi persembahan kami berserah segalanya setelah usaha lipat kali ganda yang telah kami lakukan. Tamat sahaja persembahan, kami pulang ke rorompok. Pada awalnya kami ingin bersantai berjalan2 dibumi bandung tapi masing2 kepenatan lalu rebah hingga ke petang. Pada malamnya barulah kami bergerak menjelajah factory outlet berdekatan. Disebabkan rorompok sangat dekat dengan factory outlet seperti oasis, famous dan banyak lagi rata2 kami menghabiskan masa hanya dikawasan berdekatan untuk malam itu.
Keesokkan harinya, walaupon dalam jadua kami akan ke ITB pada jam 1200, masing2 bersiap awal untuk ber-shopping di rumah moda, pasar gazebu dan banyak lagi. Kami berpecah kepada beberapa kumpulan. Masing2 bersemangat mencari cenderamata dan barang2 pesanan dari rakan2 dan keluarga. Walaupon tempat yang ingin dituju seperti pasar gazebu agak jauh dari Rorompok, kami hanya berjalan kaki merentasi kota bandung. Agak penat tapi keseronokan berjalan berbeza daripada menaiki teksi.
Petangnya pula kami ke ITB menonton persembahan yang masih berbaki. Nyata persembahan2 mereka sangat mengagumkan dan banyak perkara yang dapat kami pelajari. Walaupon tidak menempa nama di Festival Gamelan Jawa tapi kami berpuas hati kerana kami percaya sedikit sebanyak kami telah membawa impak gamelan melayu di bumi Jawa. Sekali lagi kami mengambil keputusan untuk berjalan pulang ke rorompok. Sepanjang jalan pulang, ada beberapa kedai kami pergi untuk memcuci mata ada juga yang membeli belah. Malamnya pula kami keluar mencari makanan bandung dan akhirnya kami menjamu selera di sebuah kedai bakso. Pelbagai jenis bakso dan air minuman yang jarang2 didapati di Malaysia. Air pink panther, coral blue dan macam2 lagi. Yang pasti, sangat sedap dan berbaloi.
Hari kedua terakhir di sini, En Ahmad memberi cadangan untuk berjalan lebih jauh seperti ke Tangkuban Perahu, ladang strawberry, pasar baru, menikmati nasi padang dan banyak lagi. Destinasi pertama adalah ke ladang strawberry. Walaupon ada diantara kami yang pernah ke ladang strawberry di malaysia tapi disini berlainan kerana ada juga aktiviti2 outdoor yang disediakan seperti high jump, atv, bermain angklung dan banyak lagi. Foto2 dibawah tertera jelas keseronokan sanggarian bermain atv, high jump dan menikmati strawberry.
Destinasi beralih ke Tangkuban Perahu. Pertama kali nama tempat ini disebut, rata2 kami tidak sangka bahawa ia merupakan tempat gunung berapi yang separa aktif. Dengan suhu yang agak rendah dan bau2 asid masih kuat , ada diantara kami yang pening dan mabuk. Walaupon begitu,banyak juga gambar2 yang kami rakamkan disini, di Tangkuban Perahu, Bandung Indonesia.
Sebelum pulang ke Rorompok, kami singgah di restoran nasi padang untuk dinner. Lauk2 yang dihidangkan begitu banyak dan ada diantaranya kami sendiri kurang pasti jenis lauk yang dihidangkan. tetapi bila lagi untuk mencuba sesuatu yang baru di negara orang, jika bukan sekarang. Setelah perut terisi, kami pulang ke rorompok. Rata2 diantara kami sibuk mengemas beg2 pakaian kerana esok hari merupakan hari berangkat pulang ke Malaysia.
Sementara Senior2 dan bakal2 management berdiskuss panjang. Kami, junior2 merancang sesuatu. Sanggarian memang terkenal dengan agenda prank. Kali ini Kak Sekai menjadi umpan. Plan yang simple menjadi complicated. Namun, perwatakan k sekai yang cube menjadi moody dan beremosi disedari senior2. 1st point checked! :) Pada mulanya kami jangkakan perbincangan mereka cuma mengambil masa beberapa minit,tetapi berakhir dalam masa lebih satu jam. Ada diantara kami yang telah tertidur. Tapi tidak mengapa, kami teruskan juga. Klimaks tercapai pabila K sekai meluahkan perasaan kurang puas hati dengan nasib diri dan K cally cuba untuk mententeramkannya. Laptop dan slide video sudah lama di-on menunggu saat2 semua2 senior2 berkumpul di satu tempat. Nah, mereka berkumpul di beranda bersama kak sekai. Masa yang dinantikan. Button play ditekan, terimalah slide yang tidak seberapa untuk memori senior2 di bandung. Prank berjaya! :D Farewell kecil2an ini hanya sekadar suka2, tiap2 SK meluahkan apa yang dirasai kepada tiap2 senior.Sayu hati mendengar. Sayu lagi hati mengenangkan pemergian mereka selepas ini.
Dan pada 14th June 2011, jam 10.00 malam kami tiba di KLIA,Malaysia. Rindunya dengan tanah air sendiri. Dan Bandung, tunggu ketibaan kami lagi dan insyaAllah kali ini kami pasti menempa nama di sana :)
notakaki: :)
sonok dpt g bandung.. jupe senior2, ngn tgk gamelan jawa nye perfomance...we need to learn that too~
ReplyDeleterajinnya siapa jd admin skang
ReplyDeleteanda mmg hebat
(bella, jgn jeles, you did great, but i'm amazed with current admin)
hihu!
Eh ni bella yg post la paan all credit goes to her :)
ReplyDeletehaha eh k aira.. gambar2 tu "senior gambang" yg edit.. :)
ReplyDeleteadmin sekarang ramai2 berganding bahu.. baru feel family sk kan :)
aaaaaaaa
ReplyDeletesorry bella! jgn dikau kecik hati akan daku.