Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

September 08, 2011

Pertandingan Wajadiri Nasional 2011


Tanggal 25 JUN 2011, SK sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi penyeri dalam Pertandingan Wajadiri Nasional Silat Cekak Ustaz Hanafi 2011 yang diadakan di Dewan Cancelor, UTP. Pertandingan Wajadiri ini disertai oleh 32 kontigen yang terdiri daripada 15 institut pengajian tinggi, 5 pusat latihan dan 10 sekolah menengah.

Walaupun kali ini kami hanya diberi peluang untuk memainkan lagu iringan ketika para VIP masuk dan pemeriksaan barisan dilakukan ; namun ianya tidak pernah menjadi alasan untuk kami bermain seperti melepaskan batuk di tangga. Kami berpegang kepada biarkan sedikit masa kami bermain, asalkan alunan muzik kami mampu memukau para pendengar.


Cabaran untuk kali ini buat SK ialah setiap alat dimainkan oleh seorang ahli sahaja. Itu membuatkan kami semua berasa sedikit gemuruh. Alhamdulillah, sesungguhnya rakan-rakan SK di kiri dan kanan itu sangat membantu dan senyuman itu adalah penawar yang paling mujarab untuk menghilangkan gemuruh. Terima kasih kepada para senior kami yang tidak jemu-jemu mengingatkan kami untuk sentiasa tersenyum dan menghayati alunan muzik yang dimainkan =)

SK telah bermain untuk dua sesi pada hari itu. Ada yang bermain untuk sesi pagi dan ada yang bermain untuk sesi petang. Pada sesi petang, secara kebetulan majlis bermula agak lambat. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, SK yang memang teringin untuk bermain lagu panjang tidak melepaskan peluang untuk mengisi kesenggangan masa untuk menghiburkan para penonton. Tindakan kami itu memang tidak sia-sia. Ramai yang terpukau dengan alunan lagu yang dimainkan terutamanya apabila semua lagu dimainkan dengan penuh semangat dihiasi dengan senyuman yang tidak lekang oleh warga SK.

Pertandingan Wajadiri Nasional 2011 tamat sekitar jam 530 petang. Tahniah kepada wakil UTP kerana mendapat johan keseluruhan bahagian institut pengajian tinggi bagi kategori perempuan. Tahniah juga untuk warga SK kerana Berjaya kerana tidak mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan. Kehadiran SK pada hari itu memeriahkan lagi majlis yang gilang- gemilang itu.

Terima kasih dan sesungguhnya, minat untuk bermai gamelan itu tidak pernah akan pupus dalam diri kami smua, warga SK, insyaAllah. =)

Wassalam.

(photo credit to syahfizal basri. thanks sgt2)

Gatra hati : tiap insan memiliki gaya sendiri =)

No comments:

Post a Comment