Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

April 22, 2016

Majlis Anugerah Sukan MASISWA 2015


Bertempat di Dewan Razakian, Universiti Tun Abdul Razak, Sanggar Kirana lagi sekali diberi kepercayaan untuk memeriahkan majlis dan menghiburkan para tetamu yang hadir. Ini merupakan kali ketiga kami melibatkan diri dalam Majlis Anugerah Sukan MASISWA semenjak kali pertama pada tahun 2014. 


Majlis Anugerah Sukan MASISWA 2015 merupakan malam anugerah berprestij bagi menghargai dan memberi anugerah kepada para atlet yang terlibat dalam sukan MASISWA pada tahun 2015 yang merupakan siswa dan siswi dari IPTS di seluruh Malaysia.

Tahniah kepada semua penerima anugerah terutama atlet rugbi UTP yang menerima Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik dan UTP sendiri yang menerima anugerah sebagai Zon Terbaik.





Sumber Gambar : Majlis Sukan IPTS Malaysia

*****************************