Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

July 16, 2014

Terima Kasih #TeamAishah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Tak terlambat untuk kami warga SK nak ucapkan Salam Ramadhan dan Salam Nuzul Quran kepada warga Muslimin seluruh dunia, semoga anda semua mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang suci ini. 

Pada 15 Julai 2014 yang lepas telah berlangsungnya satu majlis Iftar warga SK (tertutup) yang berlangsung di Restoran Simpang Tiga, Ipoh perak. majlis Iftar Sk itu berlangsung dengan penuh kesederhanaan semperna mengambil keberkatan bulan yang diredhai Allah ini. Tujuan iftar ini diadakan adalah seperti biasa merapatkan lagi ukhwah antara kami warga SK semuanya.

Iftar SK
Selain itu, antara tujuan iftar ini diadakan adalah untuk memberitahu secara ramsinya penukaran #TeamManagement SK daripada #TeamAishah (Aishah,Chan,Dayah,Najmi dan Zopad) yang bakal bergraduasi September ini kepada tampuk kepimpinan baru iaitu #TeamRoy (Roy, Pokjat, Chi, Syazana, dan Ejat) yang bakal mentadbir kami warga SK sehingga mereka menamatkan pengajian mereka akhir tahun ini. Acara memotong kek dilakukan sebagai simbolik peralihan #TeamManagement yang baru.

#TeamAishah dan #TeamRoy


Jadi kepada #TeamAishah, terima kasih kami ucapkan, bakti anda amatlah kami hargai.Semoga sukses dan Selamat Bergraduasi September ini. Dan kepada #TeamRoy selamat menjalankan tugas dengan baik dan kami warga SK sentiasa menyokong #TeamManagement kerana kita satu keluarga.

Terima kasih #TeamAishah :)

SK
Kita Keluarga :)

1 comment: