Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

July 22, 2014

Sesi bersama MRSM Pasir Salak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 19 dan 20 Julai yang lepas, bertempat di bilik baru sanggar kirana telah berlangsungnya bengkel gamelan bersama pasukan gamelan MRSM Pasir Salak. Pasukan tersebut yang terdiri daripada 19 orang pelajar tingkatan dua menjalankan sesi ini bersama tenaga pengajar yang terdiri daripada ahli Sanggar Kirana sendiri. Sesi fasa pertama ini bermula pada 8.30 pagi sehingga 5.00 petang selama dua hari tersebut dan berjalan dengan lancar.

Pasukan Gamelan MRSM Pasir Salak
Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk berkongsi teknik-teknik dalam bermain gamelan. Selain itu program ini bertujuan sebagai persediaan fasa pertama sebelum mereka bertanding dalam Pertandingan Gamelan MRSM Se-Malaysia yang akan berlangsung pada pertengahan bulan Ogos ini.

Berikut merupakan ringkasan tentatif awal sepanjang program itu berlangsung

Pada hari sabtu, sesi pengenalan diri dan alatan gamelan diadakan. Selepas itu mereka didedahkan dengan dunia Muzik Tradisional dan Gamelan. Selepas itu pengkhususan alatan dan latihan untuk lagu tradisional dijalankan. Lagu yang dipilih untuk mereka adalah lagu Togok setelah di bandingkan dengan kemampuan mereka.

Diikuti pada hari ahad mereka difokuskan untuk mempelajari lagu kontemporari dimana mereka menimba ilmu untuk bermain lagu Kampungku.

Berikut merupakan kandid yang sempat kami tangkap untuk tatapan anda:

Tekun bermain bonang

Sesi penerangan lagu Togok

Tenaga pengajar sedang mengajar bermain bonang


Tenaga pengajar
Diharap mereka akan terus gigih mempelajari dan menguasai teknik asa gamelan dan semoga berjumpa lagi pada sesi kedua yang akan berlangsung pada 9 dan 10 Ogos 2014 yang akan berlangsung di MRSM Pasir Salak Pula!

Semoga Pasukan Gamelan MRSM Pasir Salak berjaya dalam pertandingan itu nanti. :)

No comments:

Post a Comment