Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

August 10, 2014

Fasa Kedua Bengkel Gamelan



Assalamualaikum
Bertemu kembali semua

Kali ini bertempat di Bilik Seminar MRSM Pasir Salak telah berlangsungnya bengkel gamelan fasa kedua buat kontigen gamelan MRSM Pasir Salak. Bengkel yang berlangsung selama dua hari itu berlangsung secara tertutup tetapi penuh bermakna dan memberi impak kepada semua.

Bengkel yang disertai oleh kumpulan gamelan institusi tersebut di latih dan berkongsi tips-tips dan teknik daripada kumpulan Sanggar Kirana. Kali ini dalam fasa kedua, bengkel ini lebih memperincikan kekemasan, disiplin dan cara bermain gamelan.

Dengan berbekalkan lagu Togok dan Kampungku yang mereka pelajari semasa bengkel fasa pertama, mereka lebih nampak yakin dan berdisplin dalam bermain gamelan. Syabas buat mereka!

Berikut merupakan bingkisan yang sempat diambil semasa bengkel tersebut berlangsung:






Diharap dengan berakhirnya bengkel fasa kedua ini dapat memberi manfaat buat mereka supaya lebih mahir dalam gamelan.

Semoga berjaya dalam pertandingan gamelan peringkat MRSM Se-Malaysia yang bakal berlangsung pada pertengahan bulan Ogos ini! Buat sehabis baik ya!


No comments:

Post a Comment