Salam dari Sanggar Kirana :)
Pada 4 Jun yang lalu, UTP Gamelan Group, Sanggar Kirana telah dijemput untuk memeriahkan lagi sebuah majlis perkahwinan di Bota, Perak. Pemain yang terlibat ialah Hariez, Hidayah, Iera, Hakim, Hafiz, Rajhan, Raja, Najmi dan Aishah bersama- sama dengan Anas, Rudy dan Pd. Kami bertolak dari UTP anggaran dalam jam 8.30 pagi dengan menaiki 3 buah kereta. Perjalanan terhenti seketika di stesen minyak Petronas berdekatan disebabkan masalah teknikal alat-alat gamelan kepunyaan Cikgu Zaidin yang dibawa dari Batu Pahat, Johor. Kami menunggu tidak lama dan kembali meneruskan perjalanan.
Sesampai di rumah mempelai, kami mula memunggah alat-alat gamelan ke tempat yang telah disediakan kemudiannya dijamu dengan makanan yang sangat banyak. Pemandangan di situ tidak ada kurangnya memandangkan tempat majlis berlangsung merupakan sebuah rumah homestay. Kira-kira pukul 11, kami mula berada di alat masing-masing dan alunan gamelan didengari tidak lama selepas itu.
Pd merupakan pengerusi majlis khas pada hari itu. Selepas mengumumkan kedatangan pasangan mempelai, Sanggar Kirana membuat persembahan dua buah lagu iaitu Alimasi dan Suasana. Tepukan gemuruh diberikan selepas tamatnya persembahan. Ramai juga orang berdiri di sekeliling tempat kami bermain oleh sebab tertarik dengan alunan muzik gamelan. Perasaan membuat persembahan di majlis perkahwinan sangat berbeza dengan persembahan yang biasa dilakukan di UTP. Kami berpendapat bahawa bermain gamelan di majlis perkahwinan lebih tenang dan keseronokan yang dinikmati lebih tinggi. Walau bagaimanapun, protokol bermain gamelan masih dikekalkan.
Selepas makan tengah hari dan Solat Zuhur, kami meneruskan persembahan hingga petang dan berangkat pulang ke UTP jam 5.30 petang. Pengalaman yang sangat bermakna dan menyeronokkan buat semua yang terlibat. Walaupun yang main tak ramai, tapi niat bermain gamelan itu tercapai.
notakaki : minta maaf sebab entry wedding ni lambat. hehehe
goodjob SK! main utk kenduri mmg one of the best experience u can get :)
ReplyDelete