Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

July 27, 2010

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru by HIjjaz

Bila dua hati dah terjalin

Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga

Selamat Pengantin Baru kepada seorang UTP gamelan player iaitu saudari Noor Shahira Shan aka Nola dengan pasangannya Mohd Fadhli yang baru saja memeterai ikatan perjanjian dua hati pada 18hb Julai 2010. Majlis persandingan berlangsung di Taman Melawati, KL. Tahniah kami ucapkan! ^___^



p/s: Warga Sanggar Kirana juga mengambil kesempatan untuk singgah di rumah beberapa orang Sanggarians untuk berkenalan dan beramah mesra! Terima kasih kepada keluarga Rifdi Zulfadhli aka Pd di KL atas tajaan minum petang.. :D , kepada keluarga Nazrin aka Ayin di Hulu Langat atas tajaan buah durian yg banyak serta buah2an yg lain juge :D..tidak lupa kepada keluarga Siti Khadijah aka Ddy di Kajang atas tajaan supper ye. :D... Terima kasih semua! keluarga korang mmg sporting lah!

1 comment: