semester 2010 pelajar2 UTP bakal sempurna dalam tempoh kurang sebulan lebih lagi... ini juga bermakna, dalam tempoh itu, Sanggar Kirana bakal kehilangan beberapa senior yang begitu berdedikasi dalam menaikkan nama gamelan UTP . Disebabkan itu, warga Sanggar Kirana telah mengadakan satu recruitment session pada 25th October yang lalu. Recruitment ini terbuka kepada student2 UTP yang meminati seni warisan gamelan dan berkeyakinan untuk menjadi salah seorang ahli Sangga Kirana.. yer harus yakin! =)
menjadi sebahagian daripada warga Sanggar Kirana secara kasarnya nampak amat mudah, gembira tetapi hakikatnya, sebagai student dan pemain muzik gamelan Universiti seseorang haruslah membahagikan masa sewajarnya agar tidaklah sesuatu yang baru itu menjadi penyebab penurunan prestasi seorang pelajar. jika cemerlang kedua2nya bagus bukan? =)
rata2 senior menekankan bahawa komitmen seseorang amat penting bagi menaikkan nama gamelan itu sendiri. Sanggar Kirana adalah satu kumpulan/ grouping means that jika seorang daripada kumpulan gagal memberikan komitmen, semua ahli bakal terkena tempiasnya juga.. so, recruitment ini amat penting bagi mencari ahli2 yang sanggup berkorban demi Sanggar Kirana.. berkorban ke arah baek yerk readers sekalian
seramai 10orang telah terpilih untuk ke 2nd stage of recruitment..ramai bukan? kami gembira melihat semangat yang tinggi dalam diri adek2 yang berani datang untuk direcruit.. moga2 semangat ini terus kekal sehingga menamatkan pelajaran di UTP...insyaAllah.. daripada 10 orang, 2 orang bermain bonang penerus, 2 orang bermain bonang baron, 4 orang bermain gambang, dan 2 orang bermain alat balungan seperti saron dan peking.. tidak dapat dinafikan mereka mempunyai bakal dan minat.. Walaupon ada riak cuak di wajah mereka namun minat mampu mengatasi segalanya.. kami, warga Sanggar Kirana sebolehnya ingin membantu ketika recruitment dijalankan..
calon2 ahli gambang! ;)
sesi interview dimulakan dengan gabungan antara calon2 yang hadir bersama ahli2 Sanggar Kirana dengan bermain lagu Dikir Puteri dan Suasana. Gabungan ini sebenarnya ingin membantu calon2 baru dan secara tidak langsungnya mengajar mereka serba sedikit serta ingin membuatkan mereka selesa sebelum bermain secara individu.
sesi gabungan
Sanggar kirana + calon2 SK junior
Sanggar kirana + calon2 SK junior
selepas sesi gabungan, mereka dikhendaki bermain gamelan mengikut alat masing2 secara individu.. mereka harus bermain lagu gamelan yang note nya hanya diberikan 5minit sebelum sesi diadakan.. ini untuk menguji prestasi mereka.. selesai sudah sesi individu, sesi soal jawab pula diadakan.. berlainan dengan sesi saol jawab biasa yang melibatkan seorang calon dan seorang ahli, kami membuat kelainan dengan term "one by many" instead of "one by one".. calon2 kena menjawab soalan2 yang dikemukan oleh mana2 warga SK sendiri dihadapan kami semua.. =)
team hicom mungkin~ ;p
selesai sudah sesi recruitment dan juga sesi pemilihan..
calon2 yang terpilih ialah :
hariz, hakim, hidayah, hafiz, nazira, raja mohammad arif and syazwani
kepada mereka yang kurang bernasib baik, mungkin tiada rezeki.. =)
harapan kami, moga2 ahli2 Jr baru ini bakal memeriahkan lagi Famili Sanggar Kirana dan haruslah bersama2 menaikkan lagi nama Gamelan UTP, Sanggar Kirana serta memperjuangkan muzik tradisi Gamelan!
yeahhhhh~
calon2 yang terpilih ialah :
hariz, hakim, hidayah, hafiz, nazira, raja mohammad arif and syazwani
kepada mereka yang kurang bernasib baik, mungkin tiada rezeki.. =)
harapan kami, moga2 ahli2 Jr baru ini bakal memeriahkan lagi Famili Sanggar Kirana dan haruslah bersama2 menaikkan lagi nama Gamelan UTP, Sanggar Kirana serta memperjuangkan muzik tradisi Gamelan!
yeahhhhh~
notakaki : insyaAllah bakal ada ent3 introduce ahli2 yang baru ^__~