Salam dari sanggar kirana
bulan april yang lalu telah diakhiri dengan Gamelan's Sports Day dari pagi sampai ke malam. Sports day ini juga seperti famili day tetapi aktiviti2 semua berkaitan dengan kecergasan fizikal dan mental :) Sanggarians dibahagikan kepada 4kumpulan seperti gambang, balungan, bonang dan gendang. bukan untuk membeza2kan tapi sekadar ingin menguatkan bonding antara teman2 seper-alat-an :) aktiviti2 sports day :
- swap bad 9.00-11.30am
- movie session 1.30- 3.30pm
- troli monopoli 5.30-6.00pm
- bowling 8.30- 10.30pm
- domino's 11.00pm
memperkenalkan team2 sanggarians :
team bonang
team gendang
team gambang
team balungan
swap badminton secara asasnya seperti permainan badminton tetapi sedikit unik kerana setiap ahli kumpulan dapat merasa bermain badminton. Tiap2 ahli harus memukul sekali sahaja bola tangkis dan digantikan dengan player seterusnya untuk memukul bola dari lawan. secara ringkasnya, pukulan dilakukan secara berselang seli antara ahli kumpulan. jika seorang ahli memukul 2 kali, akan dikira batal. jadi ahli kumpulan perlu beratur dan player kedua harus ready untuk masuk ke court sebaik player pertama memukul bola tangkis dan player ke-3 juga bersiap sedia untuk menggantikan player ke-2 dan seterusnya. pantas, cekap, dan kerjasama amat penting dalam permainan ini kerana tiap2 player harus alert dengan situasi permainan dan juga trick pihak lawan. dalam aktiviti swap bad ini kumpulan gendang memenangi tempat pertama. syabas! :D
swap bad
aksi cally :)
bonang player ^^
semangat
tamat aktivi swapbad, kami terus bersiap2 untuk ke ipoh menonton movie Thor; aktiviti selingan selepas letih bermain badminton. Thor sangat best! " I want a horse! "
setelah bergelak tawa dengan aksi thor dan selesai solat. kami beralih ke tesco untuk acara troli monopoli. pasti term 'troli monopoli' amat familiar dalam kalangan kita. kami diberi RM35.00 untuk membeli beberapa barang yang ditetapkan serta barang2 lain. Total barang2 yang dibeli harus genap RM35 untuk menentukan pemenangnya. Jika ada beberapa kumpulan yang mampu meng-genap-kan RM35, kumpulan yang membeli dengan masa paling cepat akan dikira pemenang. antara barang2 yang ditetapkan seperti 100plus 6 tin, maggi, keropok, jelly dan banyak lagi. tersenyum melihat gelagat2 sanggarian ketika membeli belah.. ada yang membawa kalkulator, memenuhi kaunter scan harga untuk memastikan harga yang sebenarnya, berebut2 ke kaunter pembayaran dan banyak lagi. semua itu dilakukan demi semangat berkumpulan. aktiviti troli monopoli ini sebenarnya bertujuan untuk meng-observe belanjawan dan management dalam sesuatu kumpulan. ada kumpulan yang dapat membeli banyak barang tambahan dengan hanya RM35 dan ada pula yang sedikit. dalam bergamelan haruslah kita pandai mem-bahagi-kan hasil kerja kepada tiap2 ahli laen semaksimum yang mungkin. insyaAllah :D dalam acara ini kumpulan gambang menjadi juara! tahniah
selesai solat maghrib di tesco, kami bergerak ke greentown untuk bermain bowling bersama2. pengalaman masing2 semua berlainan. ada yang first timer, ada yang jarang2 dan ada pula yang power! tapi itu semua tidak penting, yang penting adalah semangat mencuba dan support each other! :) kami bermain 2 game. mata tiap2 ahli kumpulan akan ditambah dan jumlah masing2 menentukan siapa pemenangnya. awal2 masing2 segan, tapi lama kelamaan bakat mula terserlah. team gendang sekali lagi menjadi juara dalam permainan bowling!
rajhan
berentap!
style :P
tamat permainan bowling, tanpa disangka ada acara penyampain hadiah! teruja! kami diberi ala2 medal dan hamper. barang2 yang dibeli waktu troli monopoli tadi dijadikan sebagai hamper untuk tiap2 kumpulan. mata untuk tiap2 game dikira dan hasilnya :
tempat pertama (pingat suspen)- team gendang
tempat kedua (pingat emas)- team gambang
tempat ketiga (pingat perak)- team bonang
tempat keempat (pingat gangsa)- team balungan
salam tanda penghargaan :)
we got a medal! :D
apa yang kami perolehi dari sports day ini adalah semangat kerjasama! walaupon tidak semua ahli2 dalam kumpulan perfect dalam sesuatu ,kite sebagai satu kumpulan harus sama2 berganding bahu dan sama2 menyokong demi suatu pencapaian. diaplikasikan dalam konteks sanggar kirana, muzik gamelan yang dihasilkan tidak sempurna walaupon 2/3 daripada ahlinya handal bermain manakala yang lain hanya suam2 kuku. 1/3 daripada kumpulan itu haruslah digilap bersama2, dibantu, disokong dan sama2 menjadi 'handal' dalam memainkan muzik gamelan! sanggar kirana itu satu, muziknya satu, jiwanya juga satu jadi seberapa banyak ahli dalam sanggar kirana, semua harus menjadi satu dalam memainkan muzik tradisional ini.
majulah sukan untuk negara dan gamelan!
rupa2nya sanggarians bukan hanya handal bergamelan malah handal bermain badminton, belanjawan dan juga bowling! thumbs up!! :D
till meet again
notakaki: juara atau tidak belakang kira, yang pasti objektif diterima! :D
penyampain hadiah! :P
ReplyDeletebtw, nice update.. baru taw :)
SUPER LIKE!
ReplyDeletebest giler korang!! huuu
ReplyDelete