Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

January 19, 2015

Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Rasanya tak terlambat bagi kami pihak SK untuk mengucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua orang yang menjadi peneman setia kepada blog ini.

Maafkan kami kerana sudah lama tidak mengemaskini entri dalam blog ini. Almaklumlah masing-masing amat sibuk dalam hal masing-masing lebih lebih lagi sibuk menyiapkan diri dalam peperiksaan akhir semester yang berlangsung pada awal Januari yang lepas. Segala kesulitan amatlah kami kesali.

Berkata tentang baru, kami telah selamatnya menerima lagi 5 ahli baru pada penghujung bulan disember yang lepas. Kesemua ahli baru tersebut mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh ahli yang sedia ada kerana telah tamat pengajian dan telah selamat menjalani latihan industri di luar sana. Kesemua ahli baru memegang posisi sebagai pemain balungan.

Selain itu, kami telah berjaya menghabiskan sesi latihan intensif yang telah dijalankan dari 12 Januari sehingga semalam (19 Januari). Latihan yang berlangsung selama seminggu itu sedikit sebanyak menajamkan lagi skil dan kemahiran kami terhadap lagu dan gamelan.









Dalam masa yang sama juga kunjungan komposer yang mengkomposisikan antaranya Isang dan Zapin Pelikat, Saudara Teuku Umar Ilany menambahkan lagi dorongan dan ilmu kami dalam latihan tersebut.


Kami juga menerima dan mempelajari lagu baru yang dicipta beliau yang bakal dipersembahkan dalam EOG akan datang! Lagu yang menarik dan berbeza daripada lagu ciptaan beliau yang sebelumnya. 

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Majulah muzik nusantara di mata dunia!

1 comment:

  1. Ambik x tempahan untuk majlis perkahwinan n berapa harga?

    ReplyDelete