Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

July 24, 2011

Kenduri Kahwin di Bota, Perak

Salam dari Sanggar Kirana :)

Pada 4 Jun yang lalu, UTP Gamelan Group, Sanggar Kirana telah dijemput untuk memeriahkan lagi sebuah majlis perkahwinan di Bota, Perak. Pemain yang terlibat ialah Hariez, Hidayah, Iera, Hakim, Hafiz, Rajhan, Raja, Najmi dan Aishah bersama- sama dengan Anas, Rudy dan Pd. Kami bertolak dari UTP anggaran dalam jam 8.30 pagi dengan menaiki 3 buah kereta. Perjalanan terhenti seketika di stesen minyak Petronas berdekatan disebabkan masalah teknikal alat-alat gamelan kepunyaan Cikgu Zaidin yang dibawa dari Batu Pahat, Johor. Kami menunggu tidak lama dan kembali meneruskan perjalanan.

Sesampai di rumah mempelai, kami mula memunggah alat-alat gamelan ke tempat yang telah disediakan kemudiannya dijamu dengan makanan yang sangat banyak. Pemandangan di situ tidak ada kurangnya memandangkan tempat majlis berlangsung merupakan sebuah rumah homestay. Kira-kira pukul 11, kami mula berada di alat masing-masing dan alunan gamelan didengari tidak lama selepas itu.

Pd merupakan pengerusi majlis khas pada hari itu. Selepas mengumumkan kedatangan pasangan mempelai, Sanggar Kirana membuat persembahan dua buah lagu iaitu Alimasi dan Suasana. Tepukan gemuruh diberikan selepas tamatnya persembahan. Ramai juga orang berdiri di sekeliling tempat kami bermain oleh sebab tertarik dengan alunan muzik gamelan. Perasaan membuat persembahan di majlis perkahwinan sangat berbeza dengan persembahan yang biasa dilakukan di UTP. Kami berpendapat bahawa bermain gamelan di majlis perkahwinan lebih tenang dan keseronokan yang dinikmati lebih tinggi. Walau bagaimanapun, protokol bermain gamelan masih dikekalkan.

Sanggar Kirana ketika membuat persiapan
Pengacara majlis


Ahli baru Sanggar Kirana :)


Selepas makan tengah hari dan Solat Zuhur, kami meneruskan persembahan hingga petang dan berangkat pulang ke UTP jam 5.30 petang. Pengalaman yang sangat bermakna dan menyeronokkan buat semua yang terlibat. Walaupun yang main tak ramai, tapi niat bermain gamelan itu tercapai.

notakaki : minta maaf sebab entry wedding ni lambat. hehehe

June 19, 2011

Konsert di-Raja

Salam dari Sanggar Kirana,

tanggal 1st june yang lalu, terlakar satu catatan memori indah bagi Universiti Teknologi Petronas dan juga UTP Gamelan Group, Sanggar Kirana. Konsert di-Raja yang gilang gemilang telah diadakan di UTP bagi menyambut hari kelahiran ke-83 D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN, SULTAN AZLAN SHAH.


kali ini kumpulan sanggar kirana diberi peluang untuk mengiringi ketibaan dan kepulangan baginda sultan serta membuat persembahan muzik gamelan. persembahan selama 8minit amat berharga bagi kami lebih2 lagi persembahan ini di persembahkan kepada yang mulia baginda sultan.


kesungguhan kali ini berlipat kali ganda mungkin kerana penonton2 ketika konsert diraja itu dikalangan VIP, pembesar, raja dan yang paling utama Baginda Sultan Perak. Lagu alimasi dimulakan dengan ketukan kayu oleh Hariez, pemain balungan umpama memukau penonton. senyuman harus sentiasa menghiasi wajah2 pemain gamelan dan juga gerak tari juga harus sepadan dan sama. apa yang ingin kami tampilkan adalah muzik yang diiringi dengan gerak tari, lemah lenggok dan senyuman yang mampu memukau penonton di dalam dewan.


persembahan berakhir dengan perasaan lega. walau ade celanya tapi alhamdulillah, rata2 percaya semua ahli Sanggar Kirana telah melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan kumpulan sanggar kirana. ramai juga memberi respon membina bagi memperelokkan lagi mutu2 muzik gamelan kami.

notakaki: next update " Perantauan Gamelan di Bandung"