Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

October 04, 2015

#SKtakesLondon : Part 1

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Gamelan!

Sanggar Kirana lagi sekali telah diberi peluang untuk membuat persembahan diluar negara. Kali ini, SK telah dijemput oleh Puan Maziah iaitu Pengasas Nada Budaya yang terletak di Nottingham, UK bagi memeriahkan Malaysia Night 2015 di Trafalgar Square, London, UK. Ini merupakan kali pertama Puan Maziah menjemput pasukan gamelan dan tarian dari Malaysia yang diwakili oleh Sanggar Kirana sendiri dan juga UTP Performing Arts Group (UPAG).  Malaysia Night adalah festival terbesar di London yang meraikan makanan dan budaya Malaysia dibawah penganjuran MATRADE (Malaysia External Trade Development Corporation). Ini merupakan peluang terbaik Sanggar Kirana dan UPAG untuk memperkenalkan seni dan budaya Malaysia disamping memberi pendedahan tentang Gamelan Melayu di mata dunia. 

Tidak terbalas jasa baik UTP, serta orang-orang kuat yang bersungguh untuk membawa kami ke UK terutamanya Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Baharom (UTP Deputy Vice Chancellor), En. Ahmad Pg, En. Nordin Abdolatip. Tanpa jasa dan kerja kuat mereka mana mungkin SK akan sampai ke UK.

Seramai 12 orang dari ahli SK dihantar ke UK selama 7 hari iaitu dari 17 September- 23 September 2015. 




Aiman, Ayid, Leha, Zarief, Nizar, Izzat, Pali, Hidma, Shazzy, Joko, Nad & Alif merupakan 12 orang yang mewakili SK ke UK.


Berikut merupakan tentatif sepanjang SK berada di UK:

(17 Sep 2015)
SK sampai di Heathrow Airport, London pada pukul 9 lebih dan meneruskan perjalanan ke tempat penginapan di Malaysian Hall. Sesi 'rehearsal' dijalankan di sebelah petang sebelum SK diberi rehat selepas 14 jam penerbangan. 

Malaysia Hall, Bayswater
(18 Sep 2015)
SK meneruskan perjalanan ke Trafalgar Square , London pada 10 pagi untuk 'set-up' alat dan 'sound check' sebelum Malaysia Night bermula pada pukul 4.30 petang.



Puan Maziah, orang kuat di sebalik kehadiran kami di UK


Taklimat ringkas dan kata-kata semangat dari Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Baharom


Sesi fotografi bersama media dan orang awam sebelum acara bermula


Malaysia Night 2015 telah disempurnakan dengan kehadiran Dato' Sri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri), Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Mayor of London. SK telah menghiburkan penonton di London dengan lagu tradisional Ayak-ayak bersama tarian gamelan dari UPAG. Ditambah dengan dua lagu kontemporari iatu Isang dan Susuk Angin. Rata-rata penonton terpegun dan terhibur dengan persembahan yang kami berikan.


 Dato' Sri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri) menyampaikan rasa gembira dan komen membina dari persembahan yang SK & UPAG berikan. 




(19 Sep 2015)

SK diberi peluang untuk berjalan-jalan dan terokai kota London.

*sight-seeing, shopping*






Untuk lebih gambar tentang Malaysia Night 2015, anda boleh tekan pautan yang tertera:


#SKtakesLondon : Part 2 akan menyusul akan datang!!!


October 03, 2015

Yang Patah Tumbuh, Yang Hilang Berganti

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Gamelan!

Bertemu dan berpisah sudah menjadi lumrah hidup. Begitulah juga dalam Sanggar Kirana. 4 orang ahli Sanggar Kirana (Ropi, Ku, Nizar & Sugar) yang 'otai' telah tamat pengajian mereka di UTP dan akan meninggalkan kami. Semoga anda semua berjaya dalam menghadapi dunia baru. 



Ropi - 'Topeng Jawa Boy'

Nizar - 'Loghat Utagha Boy '


Ku- 'King of Hambar'


Sugar- 'Cupcake Queen'

Untuk Ropi, Ku, Nizar dan Sugar, kami pasti akan merindui anda semua. Tiada lagi topeng jawa, lawak jenaka hambar, "haaaangpa nak pegi mana" dan delicioussss cupcake dalam SK selepas ini.



Tak lupa juga tiga orang ahli SK (Wawa, Zarief, Leha) yang berehat dari SK bagi menjalani 'internship' selama 8 bulan. Harapan kami agar anda semua selalulah jenguk kami disini.


Walau bagaimanapun, legasi SK harus diteruskan. Maka, SK telah mengambil 8 orang ahli baru (Ikram, Aten, Atie, Hureen, Faudzan, Anas, Jimmy & Aiman) bagi menggantikan ahli SK yang tiada. *clap clap*. Moga SK terus maju kehadapan dan beroleh lebih kejayaan dengan ahli-ahli baru yang turut serta.


Bagi menyambut kedatangan ahli baru, SK telah mengadakan latihan intensif selama seminggu bagi memberi pendedahan dan ilmu gamelan kepada ahli-ahli baru. Latihan intensif ini juga diadakan bagi melatih dan mempertajamkan 'skill' ahli SK yang akan terbang ke London untuk pertunjukan di sana. 


Sebelum acara besar di London, SK telah dijemput bagi menghiburkan penonton untuk acara Pertandingan Debat Alam Sekitar 2015 yang diadakan di Chancellor Hall, UTP. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai isu-isu alam sekitar disamping mencungkil bakat berpidato di kalangan mahasiswa. Pertandingan ini telah disempurnakan dengan kehadiran YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Rata-rata penonton dan tetamu terhormat amat terhibur dan teruja dengan persembahan yang SK berikan.








Akhir kata, SK berharap dapat meneruskan legasi SK sedia ada yang telah dibina oleh senior-senior kami dahulu selain menaikkan nama dan mutu persembahan kami dengan mulanya semester baru bersama ahli- ahli baru.


Nantikan #SKtakesLondon dalam post akan datang :D