Our Momentous Moment

sanggarkirana's Blogger album on Photobucket

October 03, 2015

Yang Patah Tumbuh, Yang Hilang Berganti

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Gamelan!

Bertemu dan berpisah sudah menjadi lumrah hidup. Begitulah juga dalam Sanggar Kirana. 4 orang ahli Sanggar Kirana (Ropi, Ku, Nizar & Sugar) yang 'otai' telah tamat pengajian mereka di UTP dan akan meninggalkan kami. Semoga anda semua berjaya dalam menghadapi dunia baru. 



Ropi - 'Topeng Jawa Boy'

Nizar - 'Loghat Utagha Boy '


Ku- 'King of Hambar'


Sugar- 'Cupcake Queen'

Untuk Ropi, Ku, Nizar dan Sugar, kami pasti akan merindui anda semua. Tiada lagi topeng jawa, lawak jenaka hambar, "haaaangpa nak pegi mana" dan delicioussss cupcake dalam SK selepas ini.



Tak lupa juga tiga orang ahli SK (Wawa, Zarief, Leha) yang berehat dari SK bagi menjalani 'internship' selama 8 bulan. Harapan kami agar anda semua selalulah jenguk kami disini.


Walau bagaimanapun, legasi SK harus diteruskan. Maka, SK telah mengambil 8 orang ahli baru (Ikram, Aten, Atie, Hureen, Faudzan, Anas, Jimmy & Aiman) bagi menggantikan ahli SK yang tiada. *clap clap*. Moga SK terus maju kehadapan dan beroleh lebih kejayaan dengan ahli-ahli baru yang turut serta.


Bagi menyambut kedatangan ahli baru, SK telah mengadakan latihan intensif selama seminggu bagi memberi pendedahan dan ilmu gamelan kepada ahli-ahli baru. Latihan intensif ini juga diadakan bagi melatih dan mempertajamkan 'skill' ahli SK yang akan terbang ke London untuk pertunjukan di sana. 


Sebelum acara besar di London, SK telah dijemput bagi menghiburkan penonton untuk acara Pertandingan Debat Alam Sekitar 2015 yang diadakan di Chancellor Hall, UTP. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai isu-isu alam sekitar disamping mencungkil bakat berpidato di kalangan mahasiswa. Pertandingan ini telah disempurnakan dengan kehadiran YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Rata-rata penonton dan tetamu terhormat amat terhibur dan teruja dengan persembahan yang SK berikan.








Akhir kata, SK berharap dapat meneruskan legasi SK sedia ada yang telah dibina oleh senior-senior kami dahulu selain menaikkan nama dan mutu persembahan kami dengan mulanya semester baru bersama ahli- ahli baru.


Nantikan #SKtakesLondon dalam post akan datang :D



No comments:

Post a Comment